Wednesday, August 31, 2022

Semuanya kerana dia.

Mahathir.

Dimatanya semua orang salah, seolah-olah dia suci macam air embun. Kata orang jasanya banyak. Ibaratnya kalau bukan kerana dia orang melayu masih tidak boleh membuat jarum. Dialah yang membuat tren, highway, kereta, klcc dan macam-macam lagi. Diangkat la di menjadi bapa pemodenan.

Orang tidak sedar IPP boleh dikategorikan sebagai skandal kroni terbesar. PPA ditandatangani amat tidak adil. TNB wajib membeli dengan membayar dengan kadar lebih tinggi walaupun tidak ada permintaan dari pengguna. Jika diteruskan sampai sekarang nilainya boleh mencecah beratus billion.

Dia selalu kata, orang berbisik kepada dia, mohon pertolongan untuk kembali menerajui negara. Siapa yang berbisik,.? Ali, Abu?.

Kenapa kroninya berbisik kepada dia sedangkan semasa Najib memerintah ekonomi negara naik berganda berbanding semasa dia menjadi PM 22 tahun?. 

Najib jaga kroninya, siapa kroni Najib? Jakel?. 

Jho Low bukan kroni tapi sekutu perompakan 1MDB. Bad boy ini muncul dari kewujudan TIA yang bermasalah. Skandal bad boy merata dunia termasuklah suami Zeti Aziz bekas gabenor negara.

Umno memikul kebusukan Mahathir termasuklah 1Bestarinet dibawah jagaan Muhyiddin. Para pendidik menyalahkan umno, tapi memuja tangan yang membuat onak. Ini belum kes kapal NGPV yang gagal disiapkan oleh Mahathir.

Kalau nak cerita banyak lagi legasi Mahathir yang tidak clean. Jual tanah tapak KLCC selepas itu kerajaan terpaksa beli. Dengan air liur bos Maxis tidur atas duit.

Kalau kita cerita orang akan kata, 'dah la bosan, pening kepala'. Tapi kalau cerita keburukan Najib, rancakk.!!.

Bagi aku, ikut kau la labu. Tapi jangan sembang macam kau je yang tahu. Selagi kita masih bias dalam mencari kebenaran kau tidak ubah seperti yahudi. Diberi bukti ada sahaja alasan untuk tidak menerima. 

Niat tidak menghalalkan cara. Robin hood pun dihukum kerana merompak. Siapa yg untung, orang yg menzalami dengan bertopengkan undang-undang.

No comments:

Post a Comment