Friday, September 2, 2022

Mereput dalam penjara

Rosmah dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas sabitan 3 pertuduhan meminta dan menerima rasuah. Ia merupakan denda paling tinggi dalam sejarah.

Meminta suapan adalah satu kesalahan dalam akta sprm 2009 tapi hukuman bagi sabitan meminta suapan RM187.5 juta juga dikenakan 5 kali ganda dari nilai suapan aku kira ianya dibuat tanpa pertimbangan.

Resident kes seperti ini.

Seorang pegawai SPRM meminta RM20K tapi dia tidak menerima duit dan hakim hanya menjatuhkan hukum 3 bulan penjara dan denda RM3000. 

Hakim boleh sahaja menjatuhkan hukuman lebih berat kerana jawatan okt sebagai pegawai pencegahan rasuah dan membuat ugutan terhadap mangsa. Tapi hakim lebih rasional kerana okt tidak menerima duit. Oleh itu hukuman penjara dan nilai denda yg dikenakan sudah dikira setimpal dengan perbuatannya.

Jika Rosmah menerima meminta dan menerima duit RM187.5 hukuman ($937.5 juta) boleh dikira setimpal kerana biasanya hakim akan memberikan hukuman 5x nilai suapan. Tapi dia tidak menerima duit itu lagi, sebab itu aku ambil resident case yang hampir sama.

Aku faham dalam undang-undang pendakwa biasanya akan mengenakan beberapa pertuduhan (kes) dalam satu salahlaku. Contoh, kalau dia OKT seorang pengarah dia boleh dikenakan meminta/menerima rasuah dan juga salahguna kuasa. Biasanya kes salahguna kuasa ini tidak mengikut prosedur yg betul, jadi akan ada pertuduhan lain yg akan dikenakan. 

Berbalik dengan kes Rosmah, $1.5juta dan $5 juta kalau campur dengan $187.5 juta bukankah lebih dari nilai yang dia minta?. 

Rosmah bukan kakak ipar aku untuk aku beriya membela. Tapi aku lebih kepada keadilan kepada pesalah. Contoh, hukuman kepada 2 lagi sabitan kes wajar diterima kerana itu norma kepada hakim menjatuhkan hukum berdasarkan kepada undang-undang iaitu 5x dari nilai suapan atau tidak kurang dari $10,000.

Netizen.

Najib, Rosmah, Zahid, Bung Mokhtar. Azeez netizen semua sebut. Tapi tapi tapi.... kenapa Lim Guan Eng dan Syed Saddiq mereka tidak sebut.?

Ini yang dikatakan cerita mengikut emosi, komen ikut parti. Aku akan dituduh hardcore penyokong Najib. Aku makan maggie je pun, dia makan beras quino.

Ini bukan isu dia kaya aku miskin, jangan kata Najib. Ramai kawan aku minum kat stuckbucks, aku minum teh o je. Aku tak cemburu melihat kekayaan orang. Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) hanya bagi setakat ini, aku redho. Sebab ini je la usaha aku atas pekerjaan aku, jadi tidak ada sebab kenapa aku tidak redha dengan pemberian rezeki yang diberikan.

Bagi aku, biarlah adil atau cuba adil sebagai manusia. Sekalipun penghakiman 166 m.s tapi mengikut hati tidak ada guna juga. Hakim Mohamed Zaini kata dia sudah membuat yang terbaik, oklah tiada komen. Mungkin pertuduhan dibawah seksyen lain yg membawa hukuman berbeza, aku sendiri tidak semak.

No comments:

Post a Comment