Monday, September 5, 2022

Undang-undang nampak tertegak bila orang umno dihukum

Kuasa dan imuniti seorang peguam negara besar sehingga apa jua keputusan peguam negara tidak perlu ada penjelasan. Mahathir telah melantik AG, ketua SPRM dan ketua hakim yg condong kepada PH. 

AG dan Latifah Koya tidak perlu dijelaskan, mereka sama seperti Ambiga orang kuat parti PKR dan DAP. Ibarat kata Pandikar Amin, adalah bodoh tidak menggunakan kuasa di tangan.

Walaupun Tan Sri Richard Malanjum bukan orang parti tetapi sejurus beliau bersara dia menyatakan sokongan kepada calon Warisan, maka genaplah 3 perundangan ini dibawah kawalan Mahathir.


Ada anak orang kaya menanam ganja di dalam kondo tapi hanya dikenakan denda berbanding dengan kes-kes sebelum ini yang boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup.

Keputusan AG adalah muktmad so takde la nak pertikai. Cuma untuk menjulang dia sebagai AG yang baik, maaflah aku bukan penyokong PH yang merasakan dirinya bijak, terbuka atau lebih profososional walhal bodoh nanang.

Walaupun akhir zaman kebenaran akan ditimbus dengan kebatilan aku tidak menyokong perkara yg batil. Dari segi undang-undang Najib sudah didapati bersalah tiada sebab untuk mengatakan tidak. Cuma komplot yang begitu besar yang bersalah hanyalah Ds Najib seorang. 

Sampai hari ini PH, PN atau Ismail Sabri tidak begitu bersungguh untuk membawa Jho Low, kenapa?. 

Jangan difikirkan, ini undang-undang dunia. Amerika negara demokrasi, pejuang hak asasi tapi benarkah apa yang mereka laungkan?.

No comments:

Post a Comment