Friday, November 18, 2022

Hakikatnya mereka sekapal

2023 diramal tahun yang mencabar dan ketika ini banyak negara bergelut dengan inflasi yang tingggi, terutama di eropah. Apabila kdnk mencapai 14.2% suku ketiga dan keseluruhan 9.3% bagi sembilan bulan 2022 kemungkinan 2023 ekonomi kita masih dalam yang positif.

Pilih parti yang mampu memulihkan ekonomi. Ini antara barisan ayat kononnya mereka pilih parti A atau parti B. Faktanya, jika sekarang kita dalam keadaan susah, sebenarnya kita masih dalam keadaan yang amat bertuah kerana boleh keluar atau balik mengundi. Kenaikan harga barang atau OPR dialamai oleh semua negara ketika ini. OPR umpama panadol bagi mengekang inflasi.

Sebelum PH mengambil alih mata bursa hampir mencecah dan pernah mencecah 1800 mata tetapi ia turun sehingga 1400 mata kerana dasar mereka membangkrapkan negara. 

Kenapa membankrapkan isu itu panjang untuk diulas. Memiskinkan pelabur runcit bukan perkara teras Dap tapi kesan daripada satabotaj mereka memiskinkan pelabur runcit. Kalau pelabur runcit melayu rugi berbilion kerana penurunan mata bursa, fikirkan kaunter yang dipegang oleh institusi orang Islam seperti Tabung Haji, kwsp dan glc.

Jika sekarang kita tertekan dengan kenaikan harga barang sebenarnya harga itu bukan nilai sebenarnya inflasi dunia. Kerajaan masih mampu menanggung subsidi minyak dan barangan lain kerana ekonomi kita tumbuh dengan tinggi. Jika ekonomi kita tidak tumbuh kerajaan sudah pasti akan meningkatkan tarif elektrik dan seterusnya akan meningkatkan harga barang secara keseluruhan.

Jadi term menyatkaan memulih ekonomi adalah fakta songsang dan hakikatnya PH adalah barisan yang menjatuhkan ekonomi negara. Buktinya kelemehan pentadbiran PH meletakan Indonesia mendepani negara dalam konteks ekonomi dan ketenteraan.


Hanya PAS tiada dalam PH tapi jangan lupa bertahun tahun tahun PAS dalam pakatan rakyat menjatuhkan kerajaan melayu Islam. Kemuncaknya mereka mendapat Selangor 2008 dan hanya selepas Najib mendampingi Pas, parti ini meninggalkan PH.

PH Pakatan Rakyat.

Sebelum ini mereka kata hutang tinggi dan kerajaan akan banrkrap. Ironinya selepas menjatuhan BN, PH boleh menjual aset berbillion dan selepas itu Muhyiddin ada kapasiti untuk membelanjakan $532 bilion untuk menangani covid. $87 billion adalah bantuan terus kerajaan atau duit kerajaan dan selebihnya adalah aliran tunai dalam negara.

Dengan ujian covid, pkp berpanjangan membuktikan negara ini jauh melepasi kebankrapan dan ianyanya dianggap fitnah yang dibenarkan untuk menyelamatkan negara. 

Beberapa hari lalu Muhyiddin ada mengatakan Dap mahu menghapuskan Akta Hasutan. Menurutnya akta ini amat penitng kerana ia banyak menjaga kestabilan negara. Bukankah Dap dan Muhyiddin sama, mereka sekapal menjatuhkan umno bagi mencapai mimpi masing-masing.

Esok jika Zahid menyarung baju Barsatu secara automatiknya dia akan suci. Maksudnya kita tidak mengambil fakta pun dalam menganalisa pemimpin. 

Jangan pilih pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Dalam umno Anwar dikenali bapa rasuah. Setiap kali pemilihan umno duit berbonet untuk membeli undi. Walaupun kekayaan Muhyiddin tidak terkalah dengan Anwar, tapi dia agak kedekut. Tapi itu tidak menjadikan Muhyiddin seorang yang suci.

Manusia ini begini. Kalau dah suka kentut pun wangi. Sama seperti Sahidan Kasim. Sebelum ini dia dikecam oleh penyokong Pas, sekarang menjadi idola di tanah air.

Bab jasa orang menyokong pemimpin A, ramai je pemimpin umno membantu orang. Tapi kerana dia orang umno jasa itu tidak dipandang pun. Malah dikecam, tukar la orang lain.

Hakikatnya kita memilih pemimpin asal bukan pemimpin umno, asal umno jatu. Itu sahaja,  Fakta yang dijaja hanya untuk menyembang walhal kita ada pegangan politik. Kita fikir kita ada wang untuk dibelanja kerana kita kerja tetapi kita lupa peluang kerja hanya ada kerana kecekapan tadbir urus negara.

No comments:

Post a Comment