Saturday, November 19, 2022

Selamat mengundi

Esok rakyat Malaysia diberi tanggungjawab memilih parti untuk mentadbir negara. Tumbangnya BN pada Pru14 sedikit boleh dijangka, cuma persepsi itu ditolak (denying) oleh pemimpin umno. 

Apa yg menarik pada pru kali ini ialah semua kerusi ditandingi oleh banyak penjuru dan yang tertinggi 10 penjuru di Parlimen Batu. Mungkin mereka mahu mencuba nasib seperti Prabakaran.

Banyak kerusi tumpuan kerana banyak calon heavyweight bertembung. Kerusi Tambun sudah semestinya menjadi tumpuan kerana kerusi itu ditandingi oleh Anwar Ibrahim, orang yang dicanang sebagai PM dari Tambun. Walaupun Peja adalah calon tempatan, dia bukanlah lawan Anwar tapi Datuk Aminuddin dari Umno kerana di Tambun Pas tidak mempunyai kekuatan.

Jika Tambun bakal perdana menteri, kerusi Sungai Buloh juga menawarkan bakal PM masa depan. Kj mempunyai tugas berat kerana pada pru14 R.Sivarasa menang dengan majoriti 26,634 undi. Setelah 2 minggu berkempen, tidak mustahil Kj boleh menang kerusi ini.

Mampukah Zahid mempertahankan kerusi Bagan Datuk.?

PH mempertaruhkan Shamsul Iskandar, orang yang mengalahkan Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada 2012. Tapi pada PRN Melaka Shamsul kalah di dun Paya Rumput walaupun ianya dalam parlimennya sendiri. Pru yang lalu, Zahid hanya menang dengan majoriti 5,073 sahaja, jadi ianya bukan kerusi yang selamat bagi presiden umno itu. 

Banyak lagi kerusi panas, seperti Pulai, Titiwangsa, Kuala Selangor, Simpang Renggam, Putrajya dan Gombak.

Pengundi 18 tahun.

Kemenangan calon pada pru kali ini bergantung dengan pola pengundi 18 tahun kerana bilangan mereka separuh daripada pengundi sediada. Sukar meramal kemana arah golongan ini kerana mereka masih dalam dunia tiktok.

Walaupun prn Johor pengundi 18 meletakan umno dalam keadaan selesa tidak semestinya ia berlaku di negeri lain. Jika prn Kelantan sudah semestinya mereka akan mengundi Pas. Jadi umno tidak boleh mendabik dada mereka mendapat undi dari mereka.

Jika selama ini dikatakan kemenangan Pas di Kelantan adalah pengundi luar jadi kemungkinan ada perubahan di kerusi pantai timur dan lembah klang. Secara peribadi, majoriti Pas di pantai timur akan berkurang kerana tiada penambahan undi luar dan pengundi tempatan akan bertambah.

Sukar meramal undi 18 di lembah klang. Mereka agak terbuka dan kemungkinan pecahan undi berlaku. Sentimen melayu Islam, Dap, rasuah, ringgit jatuh bukanlah menjadi nadi kempen. Mereka adalah golongan Z yang dipanggil Instant.

Apa itu golongan instant?

Golongan ini suka fast food, tekan butang semua on sendiri dan tidak suka benda yang memikir. Kemungkinan satu faktor yang dia nilai ialah bidang kerja dan bagaimana untuk menjana duit dengan cepat. 

Aku meramalkan di Selangor undi PH akan merosot secara keseluruhan jadi PN dan BN akan mendapat sedikit kenaikan undi bergantung lokasi.

Di Kedah, kemungkinan undi PN Pas akan bertambah dan undi BN akan berkurang. Ini kerana pru kali ini banyak bergantung dengan sentimen tempatan berbanding isu nasional.

Campur tolak, kemungkinan kerajaan akan dibentuk melalui gabungan parti kerana tidak nampak parti yang mendominasi. Parti yang mendapat 80 kerusi sudah boleh dikira untuk menjadi kerajaan.

No comments:

Post a Comment