Sunday, November 20, 2022

umno bobrok, rakyat tidak salah memilih

Penurunan kerusi pru demi pru jelas rakyat mahu BN khususnya umno mahu parti ini dalam blok pembangkang. Mungkin kerana tabiat buruk pemimpin umno maka tertubuhlah PN. Dan akhirnya boleh dikatakan pru ini nyawa terakhir umno dalam politik.

Dengan nyawa terakhir ini juga pemimpin umno masih tidak berubah.

Perangai pemimpin umno orang sudah muak ialah dia seperti tikus. Ada sekeping keju dia berkejaran. Buktinya, beberapa pemimpin umno telah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan.

Tikus ini tiada dalam pkr mahupun Pas. Ini resepi kenapa parti ini kekal kukuh walaupun pada 2004 PKR hanya menang 1 kerusi di Permatang Pauh.

Aku boleh anggap pemimpin umno ini seperti jalang, bahasanya agak kesat tapi untuk menepati maksudnya memang ia sesuai digunakan. Saki baki pemimpin umno ini sanggup memuaskan nafsu PH atau PN untuk menjadi kerajaan. Kenapa?

Memuaskan nafisu orang bukankah seperti jalang?

PH, PN mendapat kerusi yang banyak, biarkan mereka menyelesaikan masalah politik negara. Rakyat sudah tidak mahu umno dalam kerajaan, rakyat harus terima dan umno pun harus terima. Ini pilihan rakyat.

Jika kerajaan tidak boleh dibentuk, masalah pentadbiran kerajaan atau apa jua ia adalah panadol kepada rakyat dimana memilih kerajaan bukan seperti menukar kasut. Tapi bila ada pemimpin umno seperti tikus, maka mereka ini suci dari apa jua masalah. Pemimpin tikus ini telah merosakan umno dengan menjadikan umno alas kaki PN dan punching bag PH.

Dan akhirnya nafas umno dihujung kerongkong kerana akibat perpecahan.

Presiden letak jawatan.

Tidak pernah kedengaran ahli Pas atau PKR mendesak presiden mereka meletak jawatan. Mereka kekal mempertahankan presiden dalam apa jua serangan.

Zahid undur kerana harus memikul tanggungjawab kekalahan pru14. Mereka ini bekas menteri PN atau Ismail Sabri yang tidak menyokong presiden. Sepatutnya sebagai pemimpin parti mereka mendukung agenda parti atau presiden, tapi merekalah yang sabatoj parti.

Bukan Ahmad Zahid seorang yang harus berundur, mereka yang melaungkan Zahid berundur itu sebenarnya wajib turun bersama Zahid. Semasa menjadi menteri, apa peranan mereka menaikan imej parti?

Noh Omar.

Selangor kalah teruk, sebagai pengerusi perhubungan apa yang dia buat? Nama umno buruk bukan kerana Zahid seorang tapi di Selangor siapa nak tepis isu NOH Udang?. Saya tidak terasa tidak dicalonkan tetapi kecewa cara diturunkan. Cakap politik bolehlah, sampai malam tunggu watikah dari presiden apa cerita. 

Kegagalan umno bukan terletak pada Ahmad Zahid seorang tapi beberapa pemimpin mereka menggunakan parti sebagai wadah untuk mengisi perut sendiri.

Next pru, ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin akan melawan umno dan umno bolehlah menempah batu nisan. Orang akan melupakan umno dalam 10 tahun akan datang. 

No comments:

Post a Comment