Monday, November 28, 2022

Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’


Presiden Pas menyindir parti yang kalah mendapat jawatan atau memang benar maksudnya world cup. Untuk setakat hari ini tiada pula pasukan mengadu pengadil sengaja melengahkan masa bagi memberi laluan kepada pasukan lawan menang.

Jika beliau bermaksudkan ia memberi masa kepada BN untuk menjadi kerajaan, siapa pengadil yg dimaksudkan olehnya? Baginda tuankukah?.

Pendapat aku mengaitkan Tuanku dalam menyelesaikan kemelut perlantikan PM adalah tidak wajar kerana keputusan Tuanku jelas dan sekali lagi beliau menunjukkan kebijaksanaan.

Tomahan.

Presiden Pas berkata sedemikian kerana dia beranggapan PN sudah mendapat majoriti dengan menerima sokongan 112 ahli parlimen. Pada malam itu Hishamuddin dikatakan menjadi agen mengutip sokongan MP dari blok umno untuk menyokong PN menjadi kerajaan.

Anti Lompat Parti tidak terpakai ketika keadaan usul undi tidak percaya atau percaya kepada perdana menteri dalam dewan rakyat. Tetapi akta itu tidak terpakai ketika parti membuat keputusan contohnya pembentukan kerajaan.

Walaupun akta ini boleh dibahas, ia memerlukan masa dan tidak boleh dipertikan kerana ianya sudah dibahas dan diluluskan. Sebagai pengadil Tuanku membuat keputusan adalah lebih baik melantik seorang yang dirasakan seorang ahli parlimen mendapat sokongan majoriti iaitu 112 ahli parlimen.

Anwar disokong oleh BN dan keadaan ini MP BN terpaksa akur kerana ia termaktub dalam undang-undang kerana keputusan parti perlu diikuti. Jadi sebarang sokongan dari MP BN adalah sokongan tidak sah kerana terdapat pelanggaran akta lompat parti.

Jika ada MP BN tidak menyokong Anwar semasa undi percaya kepada perdana menteri, parti berhak memecat MP tersebut. Jika dipecat maka gugurlah dia sebagai ahli parlimen seperti yang terkandung dalam akta anti lompat parti. Jika MP itu membuat mencabar keputusan itu di makamah, itu cerita lain. 

Mengaitkan kisah sejarah sewaktu Saidina Umar dengan perlantikan Anwar adalah sesuatu jauh panggang dari api. Perlantikan Anwar lebih kepada teknikal pentadbiran (prosedure) manakala kisah itu adalah ketidakadilan atau mematuhi peraturan yang ditetapkan. Dan jika diteliti kisah itu orang yg dizalami ialah Anwar kerana Anwar mendapat sokongan majoriti.

Islam menegakkan undang-undang selagi tidak menzalami agama dan rakyat dan menolak assabiah dengan menyokong sesuatu bangsa atau orang walaupun orang itu salah. Dalam erti kata lain tidak adil, tidak berkata benar atau menyokong sesuatu yang salah kerana kepentingan diri atau puaknya.

Jika PN dikatakan mendapat mandat, PH mendapat 82 kerusi lebih banyak berbanding PN 73 kerusi lebih layak untuk menjadi kerajaan. Awal-awal lagi BN menyatakan parti akan menjadi pembangkang, jadi untuk mengatakan parti yang ditolak oleh rakyat menjadi kerajaan adalah tidak berasaskan. PN menjaja persepsi inu semata-mata untuk mengelakan kritikan kerana lemah mengurus mandat.

Islam memimpin, jadilah kerajaan dengan siapapun. Bukan arrogant dengan 73 kerusi mahu menjadi kerajaan atau memaksa parti lain mengikut telunjuk. 

Perak dan Pahang umno boleh membentuk kerajaan. Kelemahan nyata oleh PN dalam menangani politik. Jadi jangan menutup kelemahan diri dengan mengata keburukan orang.

"Ada mata kerana ada golnya", jarang sekali jaringan curi ayam dikira goal dalam permainan bola sepak. Mencuri MP adalah perbuatan tidak ada etika samada yang melompat atau yang menerima katak politik. Terimalah hakikat, Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua, ternyata sekali lagi keputusan baginda bijaksana.

No comments:

Post a Comment