Wednesday, November 30, 2022

Pas merosakan politik melayu

Kata presiden Pas, kerajaan Pahang tidak betul dan ianya dianggap kerajaan minoriti kerana dalam sistem demokrasi parti terbesar sepatutnya menjadi kerajaan.

Tuan guru tahu sistem tapi beliau sengaja manipulasi untuk mendapatkan kuasa. Setahu aku Islam tidak membenarkan manipulasi yang berbentuk penipuan kerana Islam diterapkan dan ditegakkan dengan kebenaran dan keadilan.

Maksud terbesar dalam demokrasi ialah satu gabungan yang membentuk satu sokongan yang terbanyak, bukan jumlah kerusi parti. 

Mungkin Pas desperate kerana parti itu banyak mendapat kerusi tetapi gagal membentuk sebarang kerajaan. Entah apa jampi Muhyiddin sehingga Pas boleh patuh dengan Bersatu.

Islam memimpin.

Kerosakan hari ini bukan kesan tikaman semalam. Hari ini Pas kata Dap itu ini walhal semasa dalam Pakatan Rakyat mereka menggunakan peluru emas sehingga umno jatuh di Selangor dan Perak. Jadi kemarakan kerusi Dap adalah kerana politik Pas yang mahu berkuasa. 

Ahli Pas boleh menemplak tetapi sejarah tidak boleh diubah bahawa Pas pernah dengan Dap malah Pas juga turut memenuhi impian Anwar dalam langkah Kajang.

Hari ini mereka bicara melayu Islam walhal ianya sudah diperingatkan politik berpada-pada jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Hari ini mungkin Pas bangga dengan 47 kerusi tapi apa yang melayu dapat dan dimana politik melayu?

Menyalahkan umno kerana tidak menjadi kerajaan ianya hanya mentaliti pemimpin kampung.

Mencuri dan tikam belakang inilah politik Muhyiddin. Jika Pas masih dibawah ketiak Muhyiddin sementara umno berjaya mengukuhkan perpaduan dengan PH, PN akan kekal sebagai pembangkang.

Kerusi PN kerusi melayu dan PN menjadi pembangkang. Apa untungnya menjadi pembangkang selain membentuk kabinet bayangan. Di Selangor mereka memberikan kuasa kepada orang dan sekarang di peringkat persekutuan mereka membuat hal yang sama, politik melayu ditumpulkan.

Adalah sebaiknya Pas mengkaji arah politik, jika mereka fikir mereka mampu berkuasa pada pru16 kerana umno akan lebih banyak kerusi inilah melayu silap memilih PN sebagai wadah perjuangan.

No comments:

Post a Comment