Saturday, December 3, 2022

umno akan terus bergolak

Jangkaan aku Anwar akan melantik 25 orang kabinet, bukan 20 orang bagi sesetangah pendapat. Ternyata jangkaan aku tidak meleset sama seperti perlantikan Zahid sebagai TPM dan akan menduduki kementerian pertahanan. Kalau bukan Zahid Tok Mat akan memegang kementerian ini.

Syed Saddiq tidak tersenarai, satu keberanian dari Anwar tapi tiada perlantikan dari MCA dan MIC agak mengelirukan aku walaupun aku sedikit menduga. Selebihnya tiada yang pelik kecuali ramai juga menteri dari borneo.

Anwar bincang dengan Anwar, Anwar lulus dan beri Anwar ianya cuma jenaka poltik tapi satu senario dimana Tengku Zafrul diangkat sebagai menteri sedangkan Dr. Zulkiflie menang dan partinya menjadi pemerintah.

Keyakinan aku Tengku Zafrul akan dilantik menjadi menteri tapi apa agaknya reaksi Dr. Zul?. Mungkin dia menolak tawaran sebagai menteri kerana sebelum ini dia ada berhasrat mengundurkan diri dari politik.

Anwar menteri kewangan ataupun perlantikan Zahid sebagai TPM ianya boleh diduga, normal dalam landskap politik Malaysia. Dengan lineup barisan kabinet, hanya kemampuan menteri pendidikan dinantikan. Selebihnya aku rasa menteri boleh buat kerja. Walaupun Fahmi hanya sos so, tanggungjawab kementerriannya ada internet maka performlah dia.

Politik.

Kerajaan ini kerajaan perpaduan bukan PH, jika dipanggil kerajaan campuran pun boleh juga. Tapi ia tidak boleh ditukar selain kerajaan perpaduan kerana ia titah Agong dan keduanya dari sudut politik umno tidak boleh menyokong Dap. Dengan hanya perpaduan umno boleh membantu Anwar menjadi perdana menteri bukan menjadi sebahagian dari PH.

Cabaran Anwar akan datang ialah politik dari BN kerana ketiadaan kerusi MCA dan MIC serta tiada menteri umno dari Sabah. Menteri dari GPS terlalu ramai, mungkin Anwar mahu menarik sokongan GPS pada masa akan datang. Situasinya tidak mengharmonikan politik BN dan akan merosakan umno. 

Umno sokong PN salah, sokong PH juga salah. Hanya kerusi pembangkang yang sesuai. Kesilapan umno ialah menjadi kerajaan yg lalu. Sepatutnya teruskan menjadi pembangkang, orang kata sayang bini tinggal-tinggalkan.

No comments:

Post a Comment