Sunday, December 4, 2022

Kesian pada siapa?

Antara komen "kesian undi PH dapat BN", ye sudah pasti mereka ini penyokong PN. Mungkin kesian kepada penyokong PH kerana apa yang selama ini perjuangkan rupa-rupanya palsu. Penyokong umno kebanyakannya tenang, protes itu tidak boleh dielakan.

Penyokong PN memtertawakan penyokong PH, walhal kedua-dua mereka mendapat Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri.

Penyokong umno boleh sahaja memtertawakan penyokong PN, menang tapi tidak berkuasa. 

MEREKA.

Dalam satu ceramah di Padang Serai, Sanusi ada menemplak melayu kedekut. "mereka" sanggup berhabis duit $40K untuk balik mengundi. Soalan aku, adakah situasi itu hanya pada pru14,15?. Bukankah mereka istiqomah mengubah kerajaan melayu sejak dari pru13 lagi.

Aku ulang, Pru13 Pas bersama Pakatan Rakyat.


Aku mengkritik PN kerana kemana mereka membawa politik melayu. Dalam hal ini satu penjelasan Ustaz Hadi umpama memetik buah durian. Kalau inilah route map politik Pas, memang patut selalu serah mic pada orang sebelah.

PN selalunya selangkah kebelakang kerana "mereka" lebih progresif dalam merencanakan sesuatu. Contoh, pru14 PH menang dan hasilnya kerajaan dikuasi oleh mereka. Pru15 kerusi mereka lebih banyak tapi rupa melayu lebih ramai. Jadi tidak timbul mereka lebih ramai. 

Nanti antara jawapan akan kedengaran, melayu tidak bersatu, berpecah dan menyalahkan umno atau melayu PH.

Dalam dunia ini jangan mengharap semua orang harus bersetuju atau mengikut apa yang kita kata. Perkara ini tidak mungkin terjadi. Jangan kata melayu, semua bangsa akan begitu. Jadi ianya hanya alasan menutup kegagalan.

Resepi kejayaan BN ialah mereka bergabung dengan parti bukan melayu Islam termasuk sokongan parti dari Sabah dan Sarawak. Mengharapkan DHPP dan Gerakan membawa kerusi bercampur yang biasanya menjadi kubu PKR, minta maaflah, kalau ada satu dua kerusi sahaja.

Kesian, memtertawakan ataupun anti zahid ataupun apa, segalanya terpecik ke muka sendiri. Pas boleh menerima Muhyiddin tapi rasanya parti lain sukar menerima politik jijiknya.

No comments:

Post a Comment