Saturday, December 10, 2022

Pas For All

Umno kalah kerana Najib, kerana Zahid kerana umno rasuah, kerana Rosmah. Rakyat semakin bijak, rakyat semakin terbuka, pengundi muda ada pilihan atau apa jua alasan hakikatnya umno akan terus terpinggir.

Antara watak antagonis Zahid ialah tokan pati tapi hanya dalam 2 minggu menteri sudah meluluskan hampir 400 ribu pekerja asing. 

Kerajaan memerlukan masa untuk menurunkan harga minyak, ini kenyataan Rafizi setelah dia menjadi menteri. Ia antara hasutan yg boleh dijadikan cerita lagenda kepada anak cucu. 

Banyak lagi cadangan dari PH terutama dari Rafizi, contohnya percukaian kereta dikatakan seperti lintah darat. Dari blok Pas pula mereka membawa suara melayu kerana bangsa ini Islam.

Hutang 1 trillion sudah disenyapkan kerana mereka (PH dan PN) sudah mendapat kerusi yang banyak.

Umno bangkit atau terus merempat bukan topik, cuma ianya membuktikan dalam tempoh 30 tahun pembangkang (pakatan rakyat) hanya membawa berita palsu seperti yang dikatakan oleh menteri PH.

Cerita berita palsu atau Anwar menyaman pemimpin pembangkang rasanya mereka jauh ke belakang dari kepimpinan umno sebelum ini. Tapi kerana mereka disokong oleh (pakatan rakyat) ianya tidaklah sepanas jika ianya dilakukan oleh umno.

Majoriti rakyat sekarang menyokong Pakatan Rakyat. Bawalah kredibiliti kepimpinan seperti Mandela atau Gandhi, ianya tidak akan membawa sebarang sokongan kepada umno. 

Penyokong PN, sekarang mereka membangkitkan kepimpinan melayu seperti Mat Kilau. Tiada apa untuk dikomen kerana kisah semalam mudah untuk dilupakan orang. Sekarang mereka bercerita seperti melayu ini sudah dikhianati oleh bangsanya sendiri walhal sebelum ini merekalah kitol yang merobohkan politik melayu. 

No comments:

Post a Comment