Monday, December 12, 2022

Bersatu parti kitol

Bersatu sudah berjaya menggantikan umno, ianya boleh diumpamakan umno sudah tertembak tetapi bukan dijantung, di perutnya. Kepimpinan umno terburai, pemimpin paling senior Anuar Musa telah dipecat sementara Hishamuddin masih dikekalkan kerana beliau memegang status ahli parlimen BN.

Masih jauh lagi perjalanan Bersatu menggantikan umno kerana jika umno sedikit dinamik dan sokongan akar umbi kekal mereka masih boleh mengekalkan atau menambah kerusi pada pru16.

PKR dan DAP tidak boleh menawan kerusi majoriti melayu kecuali melalui umno dan jika PH dan BN bergabung maka kemungkinan gabungan ini akan mendapat mandat 2/3 majoriti. 

PN akan kekal menjadi pembangkang jika umno atau bn kekal progresif seperti sekarang ini. Umno tahu dia tidak ada pilihan jadi jawatan TPM sudah memadai. Hal ini tidak dapat dihidu oleh Bersatu kerana mereka hanya berfikir umno pasti akan melutut.

Situasi di Perak dan Pahang serta kenyataan kepimpinan PN secara bersilang membukitkan bahawa Bersatu terlalu ego dan arrogant dalam rundingan. Pada awalnya PN kedua negeri ini tidak mengambil endah BN kerana mereka beranggapan Saarani dan Wan Rosdy akan mencari rakan untuk membentuk kerajaan dan mereka sudah menyiapkan tawaran. Mereka lupa bahawa jika umno boleh menyokong Muhyiddin tidak mustahil umno boleh membuat keputusan yang lebih radikal. Akhirnya PN menggigit jari atas sikapnya sendiri.

Kebolehan Muhyiddin bukan membaca politik secara tuntas atau berunding, kemahiran dia hanya tikam belakang dan mengkhianati kawan.

Lompat Parti.

Senario politik di Sabah perlu dipelajari semua parti bahawa setiap calon ahli parlimen perlu dari parti masing² bagi mengelakkan kecurian ahli parlimen disamping menjaga kuasa presiden parti.

Anwar tidak memberikan sebarang kerusi menteri kepada MCA dan MIC, andai kata sayap parti umno keluar dari BN maka dengan sendirinya BN akan terbubar dan ahli parlimen BN akan bebas memberikan sokongan tanpa melepaskan jawatan.

Situasi sekarang amat merugikan umno kerana jika Muhyiddin berjaya menghasut mca dan mic keluar maka terjadilah situasi itu.

Kerajaan betukar tangan.?

Walaupun BN terbubar dan Hishamuddin dan koloninya menyokong PN,  Putrajya masih dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim. GPS akan kekal bersama Anwar kerana mereka sudah mempunyai TPM dan GRS akan melihat situasi ini sebagai tidak membina. So PN tidak akan kekal sebagai pembangkang.

MCA dan MIC keluar dan bersama PN bagi menghadapai pru16.

Persoalannya adakah kedua parti ini mampu mendapatkan undi kaumnya dan boleh menawan kerusi bercampur dimana kerusi ini biasanya dimenangi oleh calon dari PKR?. 

Jika ye mca dan mic boleh mendapat sokongan maka PN boleh menjadi kerajaan dan jika sebaliknya selamanya PN akan menjadi pembangkang.

Jika jumlah kerusi dalam situasi break even (parlimen tergantung) biasanya kerusi di Sarawak adalah penentu (king maker). Jadi timbul pula persoalan mampukah mereka (PN) memenangi hati pemimpin GPS?.

Dalam PN tiada sosok yang disukai oleh GPS kecuali Hishamuddin jika dia melompat dalam Bersatu. Jika PH BN boleh memberi nilai tambah, rasanya Hishamuddin sendiri tidak mampu memberi tawaran yang lebih baik.

Bersatu adalah parti para kitol berkumpul dan mereka akan kekal sebegitu dan akhirnya kemungkinan Pas akan keluar setelah presiden sekarang bersara.

No comments:

Post a Comment