Sunday, January 15, 2023

umno sudah menjadi mic melayu

Aku benci umno kerana Zahid, ramai yang suka dengan frasa ayat seperti ini tapi bagi aku annoying. Then bila aku kata begini lalu aku akan dicop penyokong Zahid?.

Dahulu orang inggeris menuduh melayu bangsa yang malas sekarang microsoft memberikan cuti seberapa banyak yg dimahukan pekerjanya. 

Kristian menuduh Islam pengganas walhal sebenarnya mereka membina persepsi itu untuk menutup keganasan yang dilakukan.

Sekarang semuanya instant, kita hanya berfikir ketika membuat kerja dan menyelesaikan masalah kehidupan. Politik dianalisis melalui video lalu dapatan akal tidak ubah seperti kristan membina islamophobia.

 Jangan makan ayam, harga telur mahal, kenaikan opr, import pekerja asing, mereka yg lantang bersuara dimana mereka sekarang?.

Bila presiden dan timbalan umno tidak dipertandingkan ini bermaksud kerajaan sekarang kekal. Taklimat presiden adalah hanya untuk mendapat mandat agar kedua jawatan ini tidak dipertandingkan. Itu sahaja.

Akan datang team Mail Sabri tidak berpuashati. Suara Mail, Hishamuddin, Kj akan kedengaran. What next tidak pasti samada mereka melompat atau tidak. Tapi inilah skripnya. 

Anwar menawan hati rakyat dengan konsep setiap jumaat akan pergi ke lain-lain daerah sementara Zahid akan terus mengurus team Mail Sabri. Kemungkinan bukan setakat habis penggal malah pru16 jika mereka berkerjasama mereka akan mendapat mandat 2/3.

Isu-isu semasa umpama selingan, routemapnya sudah ada. Kita je yang sibuk dengan hal selingan. Kita sedar dunia ini dicatur tapi kita tetap memilih untuk bersama dengan mereka.

Inilah great reset politik, melayu menjadi pembangkang.

No comments:

Post a Comment