Monday, March 27, 2023

Poligami dugaan besar bagi perempuan

Berbanding dengan lelaki, orang perempuan lebih kuat beribadat dan beramal. Kalau begitu kenapa perempuan lebih ramai di neraka. Dari penerangan para ustaz selain dosa mendedahkan aurat, kufur nikmat (suami) antara penyebab utama.

Karenah isteri sekarang juga dialami oleh Nabi ﷺ dan para sahabat. Perempuan memang begitu. Cuma takwa para isteri Nabi ﷺ jauh lebih tinggi berbanding dengan para isteri.

Kalau kita katakan syurga isteri terletak pada suami para perempuan rata-rata setuju tetapi mereka akan kalah dengan satu perkara iaitu poligami. Boleh dikatakan jika berlaku poligami pada uztazah dia juga sukar untuk menerima.

Memang susah untuk menerima poligami tapi الله سبحانه وتعالى Maha Mengetahui dan membenarkan. Manusia ini perosak tapi الله سبحانه وتعالى kata manusia ini mahluk soleh. Bila malaikat diberi ujian nafsu ternyata malaikat lebih lemah dari manusia.

Secara peribadi Kazar tidak salah menikahkan anaknya kepada Syamsul (suami orang). Bersengkongkol kepada Syamsul kerana menikahkan tanpa izin isteri pertama adalah lebih baik daripada jika mereka berdua melakukan perkara yg berdosa.

Komen yg terlampau semuanya sudah disebutkan oleh Nabi kenapa perempuan menjadi penghuni neraka. Tidak perlu berhujah dengan mengambil pelbagai contoh, suami tidak balik rumah, suami curang, suami tidak beri nafkah dan pelbagai lagi dikemukakan. Dan pada satu tahap mereka (perempuan) seperti tidak takut pada neraka.

Bagi aku jangan masuk hal rumahtangga orang, kedua ianya sudah difailkan di makamah. Jadi apa perlunya orang luar membawang sehingga tidak semena-mena api neraka itu menghampiri kita.?

Nusyuz hanya untuk isteri bukan suami. Jadi suami (lelaki) tidak ada istilah curang. Curang ini pada mereka yg tidak boleh mengahwini lebih 2 orang perempuan. Islam membenarkan mengahwini lebih seorang perempuan, jadi agama mana kamu ikut?.

Aku berkata begini bukan memenangkan lelaki tetapi menyatakan kenapa perempuan lebih ramai daripada lelaki di neraka. Kalau perempuan nak menang dalam isu ini, silalah tapi jangan sampai kamu tidak ada bezanya dengan kaum musyrik.

No comments:

Post a Comment