Saturday, April 15, 2023

Bila bila masa perang dunia akan meletus.

Kelmarin dulu sebuah Drone MQ-9 Reaper milik tentera amerika ditembak jatuh oleh tentera Rusia di  Laut Hitam. Jika amerika bertindak balas boleh dikatakan perang dunia ketiga bermula. Jika benar Amerika dan sekutunya kuat sudah pasti jet Su-27 milik Rusia akan ditembak. 

Mengapa Amerika masih menolak untuk berperang?.

Blok Rusia.

Dibelakang Rusia ada China, Iran, Korea Utara dan sekarang India dan Arab Saudi hampir menyokong blok ini. China-India sepatutnya tidak bersama kerana mereka masih berebut kawasan di sempadan tetapi dibawah pengaruh putin India hampir menyokong blok ini.

Dunia tahu bagaimana ketegangan hubungan diantara Arab Saudi dan Iran. Tetapi selepas kunjuangan Xi Jinpang ke Moscow tempoh hari tiba-tiba Iran-Arab Saudi menjalin kerjasama diplomatik. Dalam satu kenyataan Arab Saudi juga bersedia untuk berdagang minyak dalam matawang Yuan, ini bermaksud Arab Saudi akan menyokong blok Rusia dan mengetepikan sekatan perdagangan ke atas Rusia.

Ramai beranggapan Israel akan menyokong blok erpoah tetapi kemungkinan tidak. Israel akan menyokong blok Rusia kerana agendanya hanya satu iaitu mengeluarkan Dajjal ke alam nyata. Walaupun Israel bukan Islam tetapi mereka percaya dengan hadis Nabi ﷺ kerana nenek moyang mereka hanya tidak mengakui Nabi Muhamad ﷺ sebagai Nabi terakhir hanya kerana baginda Nabi bukan dari kaum mereka. Jadi untuk mengeluarkan dajjal eropah harus dikorbankan. 

Jika Arab Saudi boleh menerima Israel sebagai sekutu tidak mustahil Iran juga akan berbuat demikian.

Turki adalah anggota Nato tetapi negara ini lebih mesra Moscow berbanding dengan EU. Jika Indonesia dan Turki senada menyokong Moscow ternyata kenapa amerika tidak menyerang balas jet Rusia ada asasnya.
 
Ini belum lagi negara-negara eropah timur yang dahulunya milik USSR seperi Belarus, Kyrgyzstan, Turkmentan dan beberapa buah negara lain termasuk Pakistan, Cuba dab Brazil dan mungkin Kenya.

Dalam kehangatan perang Rusia-Ukraine Jokowi datang ke istana Kremin untuk berbincang membeli minyak mentah dari Moscow. Ia memberi gambaran bahawa Indonesia akan bersama dengan blok pro Rusia.

Ekonomi Rusia tidak terjejas. 

Abad lalu (100 tahun) eropah adalah benua yang mempunyai potensi pelaburan kerana mereka mendahului revolusi industri. Banyak peluang perniagaan terbuka kerana ciptaan mesin yang mampu mengeluarkan banyak produk berbanding dengan tenaga kerja. Tetapi ketika ini China dan negara Asia sudah mampu membeli dan membuat teknologinya sendiri dan ia dilihat lebih berkembang berbanding dengan eropah.

Selepas kalah dalam perang dunia ke 2 Jepun berjaya menjadi negara industri. Walaupun Jepun dan Korea Selatan dibawah pengaruh amerika namun kedua negara ini adalah negara asia. Sebenarnya ekonomi asia adalah lebih besar daripada eropah tetapi kerana amerika mencetak wang sesuka hati dan merampas harta negara luar maka kekayaan amerika sukar untuk ditandingi kerana negara ini mempunyai persenjataan yang kuat.

Melalui one belt road ekonomi China lebih besar berbanding dengan amerika. Tetapi kerana China mahu ramai rakan dagang maka nilai yuan diturunkan agar barangan mereka terjual.

Jadi tanpa EU dan amerika ekonomi blok pro Rusia tidak terjejas sebaliknya ekonomi negara eropah akan mereput kerana pasaran mereka lebih terhad kerana bilangan populasi (pengguna) negara asia lebih ramai. 

Mungkin atas faktor ekonomi eropah yang semakin lembap banyak negara sudah berani menentang hegemoni eropah.

Kekuatan tentera.

Di atas kertas kekuatan tentera eropah tidak boleh dinafikan namun adakah kekuatan tentera blok pro Rusia lemah?.

Selepas kebangkitan ekonomi China dengan Inisiatif Belt and Road ekonomi eropah semakin lemah. Dalam 20 tahun yang lepas ekonomi China melebihi 15% setahun yang membolehkan negara ini membangunkan dan membeli persenjataan. Pada dasarnya kekuatan tentera China adalah setanding dengan amerika.

Jika India juga merupakan kuasa tentera yang besar dan bayangkan jika pakatan ini bersama dengan Pakistan yang sama-sama mempunyai peledak nuklear.

Iran dan Arab Saudi jika tenteranya digabungkan mereka boleh menjajah jazirah arab dan kemungkinan apabila perang dunia meletus tidak mustahil kedua negara ini boleh mendominasi tanah arab.

Turki adalah anggota Nato tetapi negara ini lebih mesra Moscow berbanding dengan EU. Jika Indonesia bersama dengan blok ini bermakna blok ini jauh lebih mampan berbanding dengan blok amerika.

Perang dunia ketiga.

Kemungkinan perang dunia ada 2 tahap. Tahap pertama perang boleh meletus di semenanjung Taiwan atau Rusia akan menyerang Finland. Baru-baru ini parlimen Turki sudah meluluskan keanggotaan Finland ke dalam Nato dan negara ini adalah bersempadan dengan Rusia.

Jika Finland diterima rasmi oleh Nato lalu amerika dan sekutunya menghantar senjata yang startegik maka Rusia tidak ada pilihan selain menyerang negara yang hanya seramai 6 juta orang. 

Sebagai ahli Nato negara sekutu harus membantu negara ini. Sebelum ini amerika banyak dibantu oleh Nato atau sebaliknya jadi jika hanya negara Nato yang memberi bantuan kemungkinan Rusia tidak ada masalah untuk melawan paksi ini. 

Jika amerika membantu Nato dalam mempertahankan negara sekutu sudah pasti negara- negara yang menyokong Rusia tidak berdiam diri. 

Seperti yg sedia maklum China sudah bersiap sedia menyerang Taiwan. China akan mengambil kesempatan dengan menyerang Taiwan. Perang dunia akan meletus apabila Jepun dan Korea Selatan turut dalam peperangan ini. 

Ini perang tahap pertama di akhir zaman.

Perang akhir zaman.

Ramai ustaz kata perang dunia ketiga (WW3) adalah perang akhir zaman. Jadi peperangan tahap kedua ialah perang yang ketuai oleh pemimpin akhir zaman, Imam Mahdi.

Jika kita menyulusuri hadis petanda kecil kiamat hanya ada beberapa atau hanya tinggal satu iaitu perebutan kuasa oleh 3 orang putera mahkota di Arab Saudi selainnya seperti sudah berlaku.

Kelak tiga orang akan berperang dekat perbendaharaan kalian ini (iaitu Kaabah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan hanya seorang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, mereka lantas memerangi kalian dengan peperangan sengit yang sama sekali belum pernah dilakukan kaum mana pun. Jika kalian melihatnya, maka berbai’ahlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4074).

Seperti yang kita sudah maklum dengan apa yang terjadi dan apa yang dilakukan oleh putera mahkota Mohamad Bin Salman. Faktor-faktor pemberontakan 3 putera mahkota kemungkinan akan terjadi seperti yang disabdakan oleh Baginda Rasullullah ﷺ.

Mungkin ada sebahagian negara Islam akan mendokong Rusia dan sebahagian lagi pro amerika. Jadi apabila umat Islam bercakaran dan saling berperang mereka seperti hilang pedoman. Diceritakan oleh para ustaz Imam Mahdi muncul dan dibaiah ketika umat Islam dalam kecelaruan (hilang pedoman) maka ulama secara tidak sengaja berkumpul di Mekah dan seterusnya membaiah Imam Mahdi.

Sebenarnya kita tidak perlu mengulas siapa yang akan bersama orang Islam kerana sesungguhnya Imam Mahdi akan mendapat petunjuk dari ﷲ سبحانه وتعالى. Namun tidak salah jika kita mengupas hadis bagi tujuan perbincangan kerana sesungguhnya hadis itu untuk pedoman umat akhir zaman.

Imam Mahdi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, (menurut kuliah para ustaz), kejadian gempa bumi di timur dan barat termasuklah gempa bumi di jazirah arab. Umat Islam akan kecelaruan kerana mereka saling berperang antara satu sama lain, kezaliman para penguasa merata termasuklah di jazirah arab.

Kezaliman negara arab belum sampai kemuncak dan kemungkinan kezaliman itu adalah kerana satu penjajahan. Walaupun Arab Saudi memerangi Yaman dengan alasan mereka hakikatnya rakyat Yaman menderita.

“Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” (HRز Muslim 5161)

Penceritaan perang akhir zaman yang dipimpin Imam Mahdi banyak diceritakan oleh ustaz. Ketika ini plot (maping) masih samar (belum berlaku) maka tulisan ini hanya dalam bentuk kemungkinan.

Pertempuran pertama penyokong Imam Mahdi dikatakan hanya seramai tentera badar. Selepas pembebasan Syira Imam Mahdi akan menyerang Jazirah Arab. Kenapa Jazirah arab dan Persia (Iran) harus diperangi?.

Iran dan Arab Saudi akan memerangi negara Arab yang lain dan ianya didalangi oleh Israel kerana pada masa yang sama Israel akan memperluaskan jajahannya dengan mengambil tanah Palestin. Senario ini akan menyebabkan lagi umat Islam kecalaruan (hilang pedoman) kerana mereka berperang sesama sendiri.

Dari hadis lain, 
Dari Tsauban bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelak tiga orang akan berperang dekat perbendaharaan kalian ini (iaitu Kaabah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, mereka lantas memerangi kalian dengan peperangan sengit yang sama sekali belum pernah dilakukan kaum mana pun. Jika kalian melihatnya, maka berbai’ahlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salju, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4074)
Hadis tersebut jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun dari 3 orang putera mahkota akan memenangi perebutan itu kecuali SEORANG iaitu Imam Mahdi.

Dalam satu hadis lain.

Nabi SAW  bersabda maksudnya:  "Keadaan  agama  ini  akan  sampai  kepada  suatu  masa  kamu  sekalian  menjadi  tentera  yang  berpasukan. Satu  pasukan di  Syam,  satu  pasukan  di  Yaman  dan  satu pasukan  di Iraq."  Ibnu  Hawalah  berkata:  "Pilihkan untukku  (tempat  terbaik)  wahai  Rasulullah,  jika  aku menemui  keadaan  tersebut." Lalu  Baginda  bersabda: "Hendaklah  engkau  menetap  di  Syam  kerana  sesungguhnya  ia  adalah  bumi  Allah yang  terpilih  daripada kalangan  hamba-hamba-Nya. Ada pun  jika  kamu  sekalian enggan,  maka  hendaklah  kamu  menetap  di  Yaman  dan  minumlah  dari  kolam-kolam  air  kamu.  Sesungguhnya Allah  telah  menjamin  untukku  (menjaga)  daerah Syam dan penduduknya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ada ustaz kata perang di Syira adalah perang akhir zaman. Jika kita meneliti situasi Yaman dan Iraq perang disana akan membentuk mujahiddin kerana disana sudah ada perang terutama di Yaman. Jika berlakunya perang saudara di Iraq dalam masa akan datang maka ianya semakin dekat seperti dekatnya 2 jari.

Perang di Iraq bukan pencerobohan amerika pada tahun 2003 tetapi kemungkinan perang saudara antara sunnah dan sunni atau penentangan rakyat kepada kerajaan sekarang kerana Presiden Iraq Abdul Latif Rashid adalah dari puak Kurdish dan boneka amerika.

Siapa romawi.?

Kerana kekejaman amerika, umat Islam terutama di nusantara amat membenci negara ini kerana mereka menyokong Israel membantai rakyat Palestin. Tetapi dalam hadis dan apa yang berlaku ketika ini seperti tidak selari dengan kehendak kita.  Satu perkara yang wajib patuh, kita wajib menurut perintah agama bukan agama menurut kehendak kita. Jangan menjadi yahudi kerana bangsa ini sanggup melawan ﷲ سبحانه وتعالى kerana kemahuan bangsanya tidak dipenuhi.

Umat Islam hanya akan berpakat dengan eropah yang kalah kerana ini sabda Nabi ﷺ. Diantara Rusia atau amerika yang kalah?.

Dari statistik ekonomi dan ketenteraan, kemungkinan blok eropah (Nato) akan mengalami kekalahan dan tidak boleh bangkit kerana negara-negara ini banyak bergantung dengan ekonomi amerika. Oleh kerana opex sudah tidak menggunakan dollar dan mereka (eropah) akan kehabisan pelbagai sumber maka blok ini akan mundur. Mereka pasti mahu menjalinkan kerjasama dengan satu paksi (pakatan) untuk berperang.

Walaupun blok eropah kalah dan negara Islam seperti menguasai jazirah arab (kerana Arab Saudi dan Iran akan menang) disisi lain umat Islam akan tertindas dan tidak menentu. Jadi sebenarnya umat Islam tidak menang dan tidak kalah tetapi sebenarnya umat Islam dalam keadaan kucar-kacir. 

Bayangkan jika Malaysia dan Singapura berpihak kepada amerika sementara Indonesia bersama Rusia.?

Hadis lain.
Salah satu hadis tanda kiamat itu di antaranya adalah umat Muslim memerangi suatu kelompok bermata sipit dan berhidung pesek (HR Bukhari).
Kesahihan hadis ini tidak pasti, mungkin hanya bertaraf Hasan.
“Dua kelompok dari umatku yang diselamatkan dari api neraka oleh Allah itu mereka yang berperang melawan India dan yang nanti masih hidup menemui Isa bin Maryam As.” (HR an-Nasai dan Ahmad).
Mata sepet ini mungkin bangsa Monggol atau Cina. Jika China dan hadis memerangi India wujud maka 2 negara ini adalah dari blok Rusia. Jadi maping itu semakin jelas (kemungkinan) bahawa puak romawi itu ialah amerika kerana blok ini akan kalah dan Imam Mahdi akan menyerang negara sekutu Rusia.

Hadis lain juga menyebut, 

“Kalian akan berdamai dengan kaum Rum dalam keadaan aman, kemudian kalian dan mereka akan memerangi suatu musuh. Dan kalian akan mendapatkan kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. ….” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Tulisan dibawah ini ditulis pada 15 Jun 2017 sebelum covid pada tahun 2020. Fikirkan turutan susuan hadis dibawah.

Pertama 5 Dec Trump menyokong Israel dalam pembukaan Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel. Dec 2019 penyakit covid dimana penyakit ini seperti penyakit kambing dan sekarang maksiat memasuki setiap rumah orang arab. Bukankah sekarang di Arab Saudi ada pelbagai konsert dan pelbagai pusat hiburan?.

Dan 2 part last, berdamai Islam dan Bani Asfar. Seperti mana aku kata tadi, dekatnya perang ini seperti dekatnya dua jari. Next apa yang akan berlaku ialah perang tahap pertama dan disusuli perang tahap kedua.
Daripada Auf bin Malik, daripada Muaz bin Jabal bahawa Rasulullah telah bersabda: “Hitunglah ada enam perkara yang akan menjelang (di gerbang pintu) hari kiamat,iaitu: kematianku, kemudian penaklukan baitul maqdis, kemudian kematian mengejut seperti penyakit Qu’as kambing (penyakit yang pernah menyerang kambing dan mematikannya dengan cepat). Kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka dia tetap tidak puas, kemudian munculnya fitnah (godaan, kekacauan dan kemaksiatan) yang memasuki setiap rumah orang Arab. Kemudian adanya genjatan senjata (perdamaian) antara kamu dan Bani Asfar (Eropah dan Amerika), kemudian mereka mengkhianatimu di mana mereka akan menyerangmu di bawah 80 bendera dan di bawah tiap-tiap bendera itu terdapat 12,000 orang(tentera) ” -(HR Bukhari dari Auf bin Malik, diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani dari Muaz bin Jabal)
Kenapa Romawi itu puak eropah (nato + amerika)?.

Islam akan memerangi musuh dari belakang (mengkhianati) dan kita maklum dengan perangai orang eropah dimana mereka suka berkhianat. Selain itu amerika mempunyai sekutu lebih ramai dan ia menyamai dengan hadis Nabi ﷺ kita akan berperang dengan 80 buah bendera (80 negara).

Jika Turki akan memasuki blok Rusia maka semakin jelas pembebasan kota kostantinopel dengan hanya laungan takbir kerana negara negara terkahir yang dibebaskan sebelum kedatangan dajjal. 

Apabila terjadinya pakatan Islam (Imam Mahdi) dan rum Kostantinopel akan ditawan oleh barat (rum). Jadi apabila terjadinya perang terakhir rum akan mengaku kalah maka tiada peperangan berlaku.

Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang terletak sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di laut? Mereka (sahabat) menjawab: 'Pernah wahai Rasulullah. Baginda SAW bersabda: Tidak terjadi hari kiamat, sehingga ia diserang oleh 70,000 orang daripada Bani Ishaq. Ketika mereka sampai di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu panah pun. Mereka hanya berkata Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka jatuhlah salah satu bahagian dari kota itu. Berkata Tsaur (perawi hadis): Saya tidak tahu kecuali hal ini; hanya dikatakan oleh pasukan yang berada di laut. Kemudian mereka berkata yang kedua kalinya Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka jatuh pula sebahagian yang lain (darat). Kemudian mereka berkata lagi Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar, maka terbukalah semua bahagian kota itu. Lalu mereka pun memasukinya. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah seseorang (syaitan) seraya berteriak: Sesungguhnya Dajjal telah keluar. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu dan kembali.'" (Hadis Riwayat Muslim, Kitabul Fitan wa Asyratus Sa'ah, Hadis  no 2920).

Bila terjadinya perang akhir zaman hanya ﷲ سبحانه وتعالى yg mengetahui dan plot cerita ini hanya sekadar pembacaan.

No comments:

Post a Comment