Tuesday, April 18, 2023

Dunia penuh riba

Aku mengharap tidak ada lagi program mewajibkan booster. Walaupun badan lemau berkemungkinan kerana faktor usia aku memilih tidak jika diberi pilihan.

Vaksin atau booster bukan untuk mengelakkan jangkitan tapi lebih kepada imun diri. Dulu para doktor menggunakan vaksin untuk mengurangkan jangkitan tetapi selepas jangkitan tetap naik mereka kata vaksin untuk mengurangkan impak kepada pesakit.

Mengurangkan impak dengan bilangan kes perkara yang berbeza. Sekalipun orang ramai diwajibkan untuk mengambil vaksin dan booster bilangan tetap meningkat. Jadi kenaikan kes jangkitan tidak ada kaitan dengan pengambilan booster. 

Dulu 5,000 kes sehari ada pkp tapi bila angka sehari mencecah 30,000 sehari tidak ada lockdown pun. 

Aku khuatir booster ini hanya untuk kepentingan pihak lain. Tahun lalu Pharmaniaga rugi bersih RM607.32 juta, maka untuk syarikat ini mencatatkan keuntungan rakyat perlu dibooster.

Kapitalis. 

Rakyat dalam kesusahan dipaksa untuk meminjam. Bank untung berbilion hasil dari riba. Kalau dulu di mudah.my ramai yang mahu menjual kereta tapi sekarang hanya syarikat kereta terpakai yang membuat tawaran.

Tanpa kita sedari sekarang 99.9% bank hanya memberi pinjaman kenderaan melalui syarikat used car. Jadi permohonan pinjaman kenderaan yang dipohon oleh perseorangan susah untuk diproses. Sepatutnya syarikat kereta terpakai menjual kenderaan tapi sekarang mereka boleh dapat duit dengan menjadi lintah darat. 

Aku tidak pasti hukum jual beli dalam Islam mengenai rumah terbengkalai. Tapi pembelian rumah tidak merugikan bank malah bank satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan melalui kerugian orang lain. Cuba bayangkan kalau rumah sudah siap tetapi tidak mendapat sijil layak menduduki (CF), berapa banyak kerugian yang harus ditanggung oleh pembeli?.

Dunia kapitalis memang wujud dari dulu dan sekarang ia dihalalkan melalui pengeluaran lesen. Dunia tanpa riba hanya akan berlaku apabila dunia menghampiri penghujung.

Syarikat untung setahun berbilion, staff dapat bonus berbulan-bulan, kalau betul perniagaan itu daripada hasil riba........ apa hukumnya ustaz?

Wallahu'lam.

No comments:

Post a Comment