Thursday, April 27, 2023

pembangkang memanglah kuat mengata

Anwar bla bla..... lepas dia menjadi perdana menteri baru nampak belangnya. Biasanya cerita seperti ini aku hanya menghela nafas sebab tidak begitu berminat dengan cerita penyesalan. 

PKR sudah Bersatu pun sudah. Hanya presiden Pas belum menduduki kerusi perdana menteri. Dengan mendapat jumlah kerusi terbesar sepatutnya Pas boleh menduduki kerusi PM, ternyata parti ini hanya selesa untuk mengikut. 

Mereka mahu Islam memimpin tetapi ketika ada peluang untuk menjadi imam mereka menolak. Jadi istilah Pas mahu kuasa untuk memimpin adalah slogan politik semata-mata.

Isu.

Anwar tidak mendapat sokongan melayu atau jumlah keseluruhan undi kepada PN lebih tinggi. Perkara ini pernah dimainkan oleh pkr pada pru13, jadi hujah ini terlalu basi untuk dimainkan.

Seburuk-buruk Najib ekonomi dan rakyat masih selesa. Orang masih boleh buat duit dengan hanya membuat hutang. Sekarang ini ramai peminjam ASB perlu keluar wang saku untuk tampung kekurangan dividen. Dalam kerancakan cerita, yela zaman Najib tidak ada kemelesatan. Sekali lagi hati ini ketawa kecil.

Orang ramai semakin selesa dengan MRT dan ianya telah menarik minat Mahathir untuk merasainya. Ternyata sekali lagi orang ramai memfokuskan kepada kekaguman tetapi tertinggal satu intipati  apa yang disebutkan oleh beliau, kos membina ditinggalkan.

Tanpa analisa dari mana datangnya hutang negara, Najib terus dibuang jawatan. Walahal antara jaminan kerajaan kepada nilai hutang adalah dari pembinaan infra untuk rakyat. Walaupun berkali-kali dinyatakan hutang boleh bayar ternyata rakyat lebih terpesona dengan kata-kata menteri ekonomi.

Sebut tentang memteri ekonomi, teringat kisah dalam dewan negara. Berjam berceloteh tentang ekonomi rupa-rupanya dia cerita nasi lemak $2 di tepi jalan. 

'aku tak sokong dia'. Contoh ayat pengundi yg mengundi PN. Mereka yang banyak komplen PMX dan  kadang-kadang memuji Najib dia adalah penyokong PN sementara untuk mengenali pengundi umno adalah mereka yang berdiam diri. Mudahkan untuk mentilik ideologi politik seseorang.

Kesimpulannya isu politik hanya kestabilan selebihnya gosip. Jika umno mahu menumbangkan kerajaan takut yg dikendong keciciran yang dikejar tak dapat.

No comments:

Post a Comment