Tuesday, May 2, 2023

Kalis kesilapan

Ulama pewaris para nabi dan Pas didokong oleh agamawan. Walaupun tidak jatuh wajib untuk menyokong tapi kita akan serba sedikit rasa bersalah apabila menolak perjuangan parti ini.

Memasuki salah satu syurga ﷲ سبحانه وتعالى adalah dengan rahmatNya bukan kerana amalan kita apatahlagi melalui parti politik. Cuma diakhirat kelak kita akan disoalkan mengapa kita memilih sipolan sipolan sebagai pemimpin.

Pas ini parti politik maka kenyataan mereka juga jawapan politik. Contoh, sekarang ini Pas memusuhi Dap seperti orang nampak hantu. Tapi satu ketika dulu mereka pernah berkerjasama untuk menumbangkan kerajaan tanpa Dap.

Suara MP Rantau Panjang pernah bergema di dewan rakyat berkenaan dengan isu pakaian pramugari. Tetapi setelah menjadi kerajaan suaranya lunak dan mengakui bukan mudah untuk mengurus pentadbiran kerjaan yang berbilang bangsa.

Jika mereka silap bersama Dap satu ketika dahulu rasanya Pas tidak pernah meminta maaf. Adakah pemimpin agama kalis kesilapan?.

Jajaran politik Muafakat Nasional (MN) pernah menang prk secara berturut-turut termasuk di kerusi bercampur (Tanjung Piai). Walaupun begitu Pas memilih Bersatu sebagai kawan.

Walaupun kerusi Pas bertambah dalam pru yang lalu mereka tidak akan mampu membentuk kerajaan selagi kerusi majmuk seperti Tanjung Piai tidak dapat dimenangi. Banyak faktor untuk menidakan PN membentuk kerajaan.

Jika mendapat kuasa itu penting dalam menegakkan syiar, adakah Pas tidak salah memilih rakan?.

Maaf aku tidak berminat jawapan politik yang akhirnya tidak memberi apa-apa maanfaat. Contohnya apa?.

Semua ini salah umno kerana orang melayu tidak bersatu.

Mencari persepakatan bukan dari perbezaan tetapi adalah dari persamaan. Di ibaratkan kita menyuruh rumah jiran dengan cat warna rumah kita. 

Politik sekarang meruap yang cepat berubah bentuk atau dikatakan dinamik. Jika pru yang lalu PN banyak mendapat kerusi tidak mustahil sokongan kepada PN statik atau berkurang.

Negara ini bukan terdiri dari Kelantan,Terengganu dan Kedah. Jadi dimana PN mahu mendapatkan kerusi untuk membentuk kerajaan?.

Pru15 yang lalu PN mendapat 6 kerusi di Selangor. Dengan mengandaikan jajaran parti kerajaan sekarang PN akan kehilangan 6 kerusi tersebut. 

Mengambil contoh Umno hilang kuasa di Pahang dan Perlis akan memberi ruang kepada PN melebarkan kemenangan di Negeri Sembilan aku fikir matematik itu salah kerana sentimen setempat adalah berbeza.

Kesimpulannya jika Dap itu seperti mana yang dikatakan oleh Pas siapakah yang harus dipersalahkan jika kuasa Dap semakin meluas.?

Pas mengaku silap?.

No comments:

Post a Comment