Friday, May 19, 2023

Terima sahajalah PMX

Aku tidak faham kenapa orang merungut dengan prestasi kerja PMX?. Agaknya terasa diri itu kena scam dengan Rafizi.

Spesis kedua ialah mereka yang menyalahkan umno kerana menyokong Anwar. Pendapat politik ikut suka awak, aku tiada komen.

Ada yang kata aku totok umno dan aku juga dilabel penyokong pmx. Kan Umno dah sokong pmx maka aku perlu menjadi penyokong kerajaan.

Dalam satu sembang santai ada orang Pas, orang Bersatu, orang umno. Mereka tak kata aku orang umno tapi orang keadilan. Orang Pas itu cerita mereka dulu sokong Anwar tapi sekarang tidak lagi sebab bila dah jadi pm Anwar itu pandai cakap ja. Secara lembut dia kata aku kena upgrade sikit pengetahuan dan tarik sokongan kepada pmx. Aku lebih kenal dia.......itulah kot maksudnya.

Jangan kata orang lain, isteri aku juga tanya sebenarnya aku sokong siapa?. Dulu sokong umno lepas itu marah Najib then bela Najib.

Pada pandangan orang aku tidak tetap pendirian. Begini.....

Sekarang ini M40 tertekan dengan polisi kerajaan, jadi faham kenapa dulu aku kritik Najib. Aku tidak kritik Anwar bukan kerana umno menyokong dia. Tapi aku tahu Anwar bukan tahu sifir ekonomi. 

Tidak ada keperluan aku kritik Rafizi sebab aku tak pernah percaya dengan formula dia. Korang yg kena temberang, memang la ko marah. 

Korang yang bijak pandai tapi kena temberang dengan Rafizi? 😏. Nampaknya aku tidak la bodoh sangat kan....

Aku kata Sanusi bagus bukan sebab Pas bersama umno tapi memang dia bagus. Aku rasa dia jauh lebih bagus dari Rafizi. Kalau aku silap tidaklah pmx menyerang Sanusi. 

Walau Sanusi itu Pas, cuba cari posting aku secara detail menyerang Sanusi?. Takde....

Kita rasa kita bijak sebab itu kita kritik hutang 1 trillion. Betul kan....

Kalau aku pergi kerja naik mrt aku malu kritik hutang kerajaan. Nampak macam Albert Einstein tapi rupanya Pak Pandir.

Jangan malu ye dulu kau juga yg puji melangit PMX.......

No comments:

Post a Comment