Saturday, May 20, 2023

Kita rasa semua orang salah

Aku takde komen untuk penganjuran konsert Coldplay, tiket pun dah habis dijual. Tapi bila kerajaan akan mengambil tindakan keatas reseller penjual tiket aku rasa ianya tindakan mengarut. 

Sekarang ini orang Pas agak terbuka berbanding dahulu. Mereka yang membesar tahun 80an tahulah bagaimana mereka sanggup memencilkan diri. Mereka anggap dia sahaja muslim sejati. Yang lain kafir amanat hadi.

Berbeza pula dengan orang pkr. Sembang dengan orang pkr kita harus mengiyakan, kita tidak boleh berbeza pendapat. Pada hemahnya dia sahaja yang terpaling tahu. Orang umno ini totok, aka bodoh. Dalam politik dialah taiko. Mazhab mereka formula dari Rafizi dan rahsia berkotak-kotak dari Ezam.

Kalau dulu semua surat kerajaan perlu dibocorkan, tapi bila sudah jadi kerajaan semua benda akan jadi kerja polis.

Padu, satu kaedah baru yang diumumkan oleh raja formula. Masih dalam peringkat akhir perbincangan maka tidak perlulah didebatkan. Tapi aku kira ianya baik kerana bantuan base on purchasing power isi rumah.

Semua parti sudah memerintah, Pas pun pernah menjadi kerajaan. PH 22 bulan atau PM yang melaungkan harga minyak RM1.50 tetapi masih cerita untuk mengawal rasionalisasi subsidi minyak.

Program dan bantuan tidak ada bezanya dengan Najib. Cuma kelmarin dengan SPRM sedang membuat siasatan seorang tan sri berkenaan kehilangan RM2.3 billon pada lewat tahun 1990an.

Renung dan MRCB ini proksi Mahathir dan Anwar. Mungkin sebab itu jawatan Azam Baki disambung. Kerja di pejabat belum diselesaikan.

Bab kroni ini Mahathir dan Anwar sama sahaja. Suci mereka sama seperti Muhyiddin Yassin. Yang buruk hanya Najib seorang.

Dulu mereka kata Deepak ini kroni Rosmah ironinya dialah pembekal telur import dari kementerian Mat Sabu. Kroni jadi-jadian perlu diwujudkan kerana dibelakang Najib tidak ada orang macam Vincent Tan.

👇Anwar tak jual negara??


No comments:

Post a Comment