Sunday, May 21, 2023

Silakan...

Walaupun ramai pemimpin umno mahu keluar parti tapi akar umbi tidak begitu. Tidak suka dengan presiden mereka hanya tidak mengundi parti itu.

Pemimpin keluar adakah hanya kerana tidak setuju dasar yang dibawa Zahid?.

Noh Omar, keluar parti bakal jadi calon, Begitu juga dengan Kj. Politik ialah kerja mereka jadi mereka mesti mencari kerja.

Bersatu dan Pas pernah dengan Dap dan hasilnya umno seperti sekarang. Gang PN tidak perlu jadi hero kalau mereka sendiri pernah kahwin dengan Dap. Jangan cerita kepentingan melayu kalau dulu membina sokongan dengan membunuh kepentingan melayu.

Kalau akar umbi umno tidak bising siapa yang bising?

Orang PN mahu umno menyokong mereka membentuk kerajaan atas alasan kepentingan melayu. Bahasa kasarnya mereka mahu umno jadi balaci.

Contoh, Mail Sabri. Orang pernah jadi PM mestilah dia nak jad PM. Takanlah dia nak sokong orang yang mahukan jawatan yang sama. Hishamuddin, kenapa selepas umno kalah terus tidak mahu bertanding. Alih-alih menjadi dalang untuk merosakkan parti.

Pemimpin yang mahu keluar ialah gang Mail. Buat parti dalam parti untuk menyokong PN. Begitulah Halimah dengan rakan-rakan mereka. Mereka dijadikan parasit dalam umno oleh Muhyiddin.

 Ini normal dalam parti.

Kenapa umno wajib menyokong PN? kepentingan melayu?

Melayu dalam pkr bukan melayu ke? Umno parti melayu? Habis dulu Bersatu dan Pas bukan parti melayu?

PN boleh menawan 5 negeri, maksudnya hanya Penang mereka tidak boleh tawan. Mungkin startegi PN akan membawa Kj sebagai menteri besar di Negeri Sembilan. Mungkin ada sedikit impak tapi bukan begitu mudah untuk menjinakan PH+BN di Negeri Sembilan.

PN boleh menang di Selangor? Kalau mampu silakan....

No comments:

Post a Comment