Friday, September 29, 2023

Beras tidak naik harga.

Sudah lama Syed Mokhtar diserang dengan isu monopoli beras. Anwar konsisten dalam hal ini. Mungkin sebab itu sejurus selepas dia menjadi PM Bernas diarahkan untuk membayar saguhati kepada pesawah. Inilah satu-satunya perjuangan Anwar yang beliau buat. 

Dulu orang beranggapan bahawa penghapusan monopoli, harga beras akan jatuh. Kedua mungkin pada masa itu Syed Mokhtar adalah penyokong umno. 

Aku tidak pasti samada billionaire melayu ini sudah melepaskan pegangan dalam Bernas. Yang pasti ketika ini beras sst kurang di pasaran. Rumours mengatakan kartel menyorokan beras untuk menaikan harga.

Bertahun beras kekal dengan harganya. Tapi sekarang beras sudah dalam permainan kartel. Siapa yang merisikokan harga makanan ruji ini?. Sebelum tuding orang lain, tengok diri sendiri. Sebelum ini semua perkara dipoliktikan seperti kufur nikmat. 

Aku tidak pasti kenapa orang melayu panas dengan pemilikan Syed Mohktar dalam Bernas. Walhal dia orang melayu, harga beras terkawal dan paling penting bekalan tidak pernah terputus. Walaupun kawan² Ah Seng semuanya kapitalis orang melayu tetap berjihad agar Bernas dihapuskan.

Ini cerita 10 tahun lepas. Sekarang kalau Tan Sri belum menjual pegangan, sebaiknya lepaskanlah. Anwar sudah menjadi PM. Dia nak buang monopoli dan apungkan harga. Orang melayu mahu makan nasi dengan beras 5 kilo RM50. Orang melayu sudah kaya.

Oh ye, menteri fomula tanya korang, Kerajaan tidak naikan harga, yang korang beli beras mahal kenapa?.

No comments:

Post a Comment