Tuesday, September 19, 2023

melayu kerengga

Suara Melayu.

Minum kopi sembangnya Zahid. Yang pro Mahathir akan kutuk Najib. Biasanya aku hanya mendengar sambil tidak acuh. Reaksi yang tidak menghangatkan membuatkan lepak itu hambar.

Aku tidak peduli apa tanggapan orang. Mereka gelarkan aku penyokong PMX atau Zahid, lantaklah. Sembang untuk menyokong parti sendiri, lepaklah di markas masing-masing.

Situasi sekarang bukan seperti PH 22 bulan yang merosakan melayu. Sekarang ini lebih tertumpu isu kos sara hidup dan kena scam dengan janji PH.

Sumbangan RM300 juta masuk akaun parti bukan akaun peribadi, tidak menjadi kesalahan syarikat mahu menyumbang. Bila syarikat A dapat projek mega, kita pejam mata sebab dia penderma parti.

Durian Raub melayu marah, durian Kelantan melayu sanjung. Sebab apa, sebab itu projek parti sendiri.

Semua taikun Mahathir 7 keturunan tak habis makan. Umno dicaci Mahathir disanjung.

Orang akan nampak aku kutuk Mahathir atau penyokong PMx. Sebab semua orang hanya base on party. Zaman sekarang bukan zaman kebenaran, zaman sekarang zaman edan. Kalau orang masih rasional, dajjal takdak pengikut.

No comments:

Post a Comment