Friday, October 27, 2023

Goyang kalau sepinggan nasi $15

Ada sesetengah pendapat Kelantan adalah contoh perpaduan kaum. Pendapat tak salah cuma fikirkan bilamana aku katakan sebuah kg melayu 99.99 orang melayu dijadikan contoh perpaduan kaum. Kau nak kata pendapat aku salah?.

Hari ini ramai yang kata PMX gagal. Telur, ayam, beras semua naik harga. Ringgit jatuh ke nilai harga rahmah.

Personally aku tak salahkan Anwar sebab dia hanya mengambil peluang yang ada. Siapa yang memberi peluang dialah yang silap. Ramai yang ego untuk mengakui kesilapan.

Hujah.

Hanya bermodalkan "isunya siapa yang dapat kek", Anwar dikira pemenang dalam debat Najib vs Anwar. Jika debat itu kita lihat dalam bentuk pertandingan, tidak ada masalah jika Anwar dijulang. Tapi jika kita lihat isi debat, ternyata Anwar tidak ada gagasan.

Dalam debat tersebut Anwar hanya melontarkan satu idea ekonomi, penjimatan dalam perbelanjaan dalam konteks pemberian tender. Penjimatan boleh menaikan pendapatan. Surfus jadi negara tidak perlu berhutang.

Sebaliknya Najib menerangkan Najibnomics dimana kekayaan diatas diacu kebawah untuk memacu semula kekayaan diatas. Untuk senang faham, ia umpama takal belting kereta untuk menggerakan kereta tersebut.

Sebelum aku tahu Malaysia ada IHH aku mendamakan negara perlu ada konglomerat bertarat dunia seperti Samsung atau Toyota. Tapi sayang IHH telah dijual semasa PH 22 bulan.

Aku tidak pasti samada orang faham apa yang disebutkan oleh Najib atau netizen tergolong dalam pentaksub. Lalu hujah ekonomi dibakul sampahkan.

Idea ekonomi dari raja formula.

Seperti yang dikatakan oleh pmx dalam debat, itu yang dilakukan. Tapi dia gagal kerana ketirisan tidaklah sebesar mana sedangkan overhead kekal tinggi. Then apa yang PM buat, potong subsidi sepertimana yang diusulkan oleh Rafizi.

Bukankah formula rasionalisasi subsidi sudah berlaku zaman Najib?.

Perbezaan idea Rafizi dan Najib ialah kaedah pengkelasan rakyat iaitu mengikut pendapatan manakala Rafizi mengikut purchasing power. Bagi aku sama sahaja asal julat itu diubah mengikut peredaran.

Kesimpulannya kita memilih pemimpin try and error. Tanpa kita sedar had memilih kerajaan adalah 5 tahun sekali dan sekali silap setiap correction memerlukan masa untuk dipulihkan.

Oh yea, PPTN dah mansuh ke belum?.

1 comment:

  1. Nak mansuh ptptn, sebelum hutang negara jadi trillion termasuk hutang mdb

    ReplyDelete