Sunday, November 5, 2023

Kehancuran Palestin bibit alaf baru.

Aku juga seperti kalian, sudah tidak berdaya untuk melihat keadaan di Gaza. Rakyat Palestin ada pilihan untuk keluar, namun mereka memilih untuk mempertahankan tanah air mereka. Ibarat kata penduduk mereka, mereka tidak mati, yang mati adalah orang Islam di luar Palestin.

Ada terbaca satu hadis dalam artikel HM, "Sekiranya binasa ahli Syam, maka tiada lagi kebaikan pada kamu sekalian. Ada satu kelompok daripada umatku yang sentiasa diberikan pertolongan. Tidak akan dapat memudaratkan mereka sesiapa yang membiarkan mereka sehinggalah berlakunya hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi). 

Kalau benar hadis ini sahih, adakah penduduk Palestin ini yang disabdakan oleh Baginda Rasul?.

Siapa yang akan mengejar dan menyembelih yahudi sehingga bersembunyi di belakang pokok qharqad?

Plot.

Al Qasam tidak mampu berbuat demikian kecuali ada bantuan dari pihak lain. Negara arab tidak akan menghantar pasukan tentera, Malaysia juga tidak. Lalu adakah yahudi bertempiaran lari dikejar oleh tentera dari panji dari timur?

Bilamana para ustaz menyatakan bani melayu adalah bangsa akhir zaman atau panji hitam agak keterlaluan. Mereka tidak sebutkan fakta.

Tetapi jila kita perhatikan hadis² akhir zaman ternyata umat Islam di timur adalah kaum penegak agama adalah berasas.

 “Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Ruum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” (HR Muslim 5161)

Kalau ikutkan hadis ini Imam Mahdi akan menyerang jazirah arab dan Persia (Iran). Jadi tidak mungkin orang arab tidak akan membantu Palestin memerang israel. Bukankah sekarang ini jazirah arab sedang menormalisasikan kewujudan isreal?

Hancurnya Syam (Syria, Palestin, Jordan, Lubnan) maka dunia ini sudah tidak ada kebaikan. Sekarang Palestin dalam negara israel, mereka hanya berada di Tebing Barat dan Gaza. Jika kawasan ini juga dihancurkan maka bala dari ﷲ سبحانه وتعالى akan tiba. 

Kalau perang 7 Oktober lepas seperti tersirat perang di Syria, maka map akhir zaman hampir dibuka. Ketika ini amerika masih bersembunyi dalam menghantar tenteranya di Isarel. Tapi kali ini Joe Bidin teragak-agak untuk menghantar tentera, kenapa?.

Al Qasam kuat, IOC akan membantah, takut dengan Taliban, amerika masih trauma dengan perang Vietnam atau amerika sudah tidak mampu menanggung kos peperangan?.

Jika Taliban membantu Al Qasam keadaan Israel akan bertambah getir. Jika ia berlaku maka eropah membantu israel, mungkinkah itu picunya bumi bergoncang?.

Aku tidak ada pendapat, lebih kepada tunggu lihat. Cuma ketika ini tidak tahan melihat keperitan rakyat Palestin. Jika hancurnya Palestin maka semakin dekat apa yang dijanjikan. Aku tak pasti apa hadis kecil yang belum berlaku. Jika berlaku gempa di timur dan barat, itu tandanya bumi sudah murka. Maka akan tibalah peperangan dashyat itu.

bersediakah kita?.

No comments:

Post a Comment