Aku tulis aku padam.Tulisan aku bercelaru. Semuanya ada yang tak kena. Inilah namanya hati tengah bengang. Aku bengang dengan semua. Dari dasar kerajaan yang bodoh hingga ke kesatuan yang semakin lama semakin hilang taring.
Aku sedar aku cukup bertuah berkerja di bawah syarikat yang hebat. Hebat bukan sahaja dari gah namanya malah staff yang cukup berdidikasi. Dulu kebajikan terjamin. Itu dulu tapi sekarang semenjak bos baru masuk staff seperti terhimpit. Jamuan raya pun pekerja kena sponsor.Aku tak faham pembaharuan yang dibawa dan apa kemajuan yang dicapai dibawah pimpianan beliau. Mungkin sebab tu rakyat cakap Pak lah lemah tak pandai mengurus.
Sekarang kesatuan makin lemah. Kepimpinan orang lama tidak diwarisi oleh barisan exco yang baru. Semuanya menguntungkan jangka pendek. Kenaikan tahunan tidak seperti dulu. Semuanya beralasan syarikat tidak mencatat keuntungan yang memberangsangkan. Walhal didada akhbar untung berganda-ganda. Kecemerlangan bertimpa-timpa tapi bila tang bonus mulalah syarikat kabar berita rugi.
Hingga kini aku tidak berapa pasti mengapa kerajaan mewujudkan IPP. Kalau kerana beralasan black out, aku rasa tidak munasabah. Ada ke didunia ini jentera yang tidak pernah breakdown.? Tak pernah ke di dunia ini tiada negara yang pernah trip berjam. US negara maju pun tidak dapat mengelak inikan Malaysia yang terkial-kial nak maju.
Kalau ingin memecah monopoli, mengapa kerajaan membuat perjanjian gila. Merugikan wang rakyat dan memperbodohkan perkerja tnb. Rizab tenaga sampai 40%, beli mahal jual murah. Pakai tak pakai wajib bayar. Bukankah gila namanya. Aku tak kisah kalau kerajaan nak buat apa tapi jangan kerana dasar gila ini pekerja tnb mati tersepit. Pekerja tnb bagai pekerja gila. Gaji seperti sukarelawan tapi IPP untung berbilion-bilion. Kalau ingin bersaing, bersainglah secara gentle. Usah kau jadi penyagak yang terhormat.
Wahai staff tnb. Fikirkanlah apa yang sepatutnya kamu lakukan. Kerja kena ikhlas tapi usah hasil titik peluh kita kita gadaikan. Jadilah warga kerja yang berwibawa tapi jangan jadi perkerja talengong. Kita berhak dapat lebih apa yang sepatutnya kita dapat. Usah kau berpuashati apa yang telah kau nikmati. Hasil usaha kamu seperti lautan padi yang menguning dan bukan seperti kolam sejengkal. Kerana mungkin satu hari nanti, aku takutkan kamu akan menjadi salah seorang penerima zakat dek kemiskinan.
No comments:
Post a Comment