Saturday, April 11, 2009

Amy Search

Kelmarin dulu heboh Cik Ct menyertai Pas dan yang terbaru Amy search. Amy digosipkan menyeratai Pas kerana beliau mengadakan persembahan di Kota Baharu. Amy kerap berhubung dengan Pas ekoran niat beliau untuk menubuhkan Tahfiz.

Dipendekan cerita, Nik Aziz terharu dengan terpukau dengan persembahan Amy dan melabelkan Amy sebagai Ikon remaja yang harus diikuti. Kiranya rock pun boleh membawa unsur Islam sehingga Nik Aziz menitiskan air mata.

Dikhabarkan Ringgo Arrow sudah menyerahkan borang keahlian Pas semasa persembahan tersebut. Aku rasa esok lusa Amy dengan Dato' Siti masuk Pas. Ok la tuh.... cuma aku nak tunggu apa reaksi orang Pas je...

Dulu artis tak boleh membuat persembahan tapi sekarang artis boleh membuat persembahan di Kelantan. Dulu mereka kata suara perempuan itu aurat, so masuk tilawah pun tak boleh. Dulu mereka boikot artis kerana artis melalaikan. Mereka kata, artis itu dalam maksiat tapi sekarang mereka dah taubat. Taubat mereka senang je.... masuk Pas dah dikategorikan taubat.

Itu perubahan ketara oleh pemimpin Pas sekarang. Aku yakin perubahan itu dipelopori oleh golangan endorgan Pas yang dipimpin oleh Husam. Seperti yang aku katakan, Pas akan menjadi parti Islam yang lebih moderate atau liberal.

Andai keadaan ini berterusan, ia tak ubah seperti umno. Bahasa mudah, Pas meniru umno dalam memerintah. Dulu dia kutuk umno macam-macam tapi sekarang mereka seperti menjilat balik apa yang dikatakan dulu. Kiranya..... cakap tak serupa bikin.

Sekarang ni, siapa yang masuk Pas je.... dia akan kata, mereka sudah bertaubat dan mendekati Islam. Kalau camtuh gamaknya, Nik Aziz akan keluarkan fatwa, lagu rock ada unsur dakwah sebaris dengan nasyid.

Satu lawak yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz ni... dia tak pernah dengar ke lagu Amy Search. Teruk sangatkah lagu rock ni.? Kalau teruk kenapa dulu haram sekarang halal sehingga beliau menitiskan air mata..?

Apa-apa je la Pas, kalau utusan Malaysia boleh menyertai Pas.... kompem mereka akan kata.... Utusan Malaysia surat khabar terbaik dan wadah perjuangan orang melayu.

/me dah main line-line artis plak Pas ni...... dimana perjuangan anti konsert ni... hahhahahhaa..

No comments:

Post a Comment