Blogger Network banyak mengaitkan Mahathir dalam kekalahan dalam Bukit Gantang. Dulu semasa Tun mengecam umno, mereka menyokong semua tindakan Tun malah kata-kata Tun dijadikan azimat. Tapi bila Tun kembali ke pangkuan Umno, mereka pula menyalahkan Tun.
Inilah sebenarnya pembangkang. Hanya pandai mengambil kesempatan dan akan membunuh orang yang dirasakan akan mengancam kedudukan mereka. Kalau dalam politik umno, biasanya Hang Nadim ditolak tapi dalam konteks politk yang besar, pakatan mengambil pendekatan yang sama.
Tun bukan punca kekalahan BN Bukit Gantang, tapi ialah Anwar yang telah memberikan janji menggadaikan kepentingan bangsa. Kalau dulu, Pak Lah dan Kj dikaitkan faktor utama kekalahan, tapi kenapa setelah Pak Lah melepaskan jawatan BN kalah lagi.
Disini, sebenarnya yang memperbodohkan rakyat ialah pakatan pembangkang terutamanya Anwar. Rakyat terpedaya dengan kata-kata reotratik Anwar dan Anwar bijak menutup sesuatu isu pakatan dengan mencipta gimik dan menimbulkan isu baru. Lihatlah isu Bukit Lenjan, masuk minggu ke2 cerita dah tutup.
Najib perlu terus melaksanakan dasar apa yang beliau fikirkan. Andai Najib melihat semua isu untuk ditangani, Najib akan kelemasan dalam kemelut itu sendiri. Biarkan isu itu dijawab dengan tindakan yang sempurna.
Walau dulu pemimpin umno bercakaran untuk kuasa masing-masing tapi dulu akar umbi umno kuat. Kuat kerana Belia 4B, belia bergiat aktif, banyak membantu masyarakat seperti umno punya bangsal perkahwinan, ada padang bola dan segala macam lagi. Tapi kini semuanya lemah kerana umno sendiri tidak memainkan peranan.
Sebab itu, aku berpendapat, daripada menabur duit di tempat ada pilihanraya, lebih baik umno menabur pada semua. Gerakan semua cawangan seperti jentera untuk berperang. Kelak PRU akan datang, rakyat akan melihat BN terus wujud sebagai pemerintah.
Tapi kalau ketua cawangan lagak seperti cencaru makan petang, kompem.... jentera lumpuh, BN tenggelam dan umno akan jadi bahan kenangan.
No comments:
Post a Comment