Rasa mual bicara politik yang keterlaluan. Sebab tu orang dulu, tidak ramai yang mengikuti politik. Sebab bila politik yang extream (hardcore) tak kisah la umno atau Pas ( dulu sebelum Pkr wujud ) mereka ini semacam tidak menitik beratkan kepentingan politik dan fungsi sebenar politik. Mereka main angguk dan main hentam je.
Memang betul kata Tan Sri Isa, umno sedap dijaja. Bukan sebab umno banyak isu, tapi umno kumpulan orang yang menggunakan otak dari otot. Umno parti pemerintah. Sebab tu bila orang umno kawin 2 pun sedap digosipkan. Dah macam artis dah mereka ni.
Sama jugalah dengan blogger. Mereka menulis main sedap hati mereka saje, terutamanya blogger network. Mengutuk macam Mat Sabu, jerkah dan kutuk sana sini. Dan yang anehnya bila mereka kutuk ramai yang menyokong. Adehhh...~~~ seperti Pak Kaduk pulak.
Fikirkan... kalau kita kutuk orang, member atau sesiapa sahaja.... apa perasaan mereka. Orang kata kutuk atau gurau ada limit kalau lebih2 kang ada yang kena terajang. So adakah mengutuk orang itu satu perbuatan yang baik.? kalau tak baik kenapa kita sokong. Adakah kita Pak Kaduk yang tidak ada daya kemampuan berfikir..??
Walau ia perkara remeh, tapi bagi aku ia melambangkan kita punya sejauh mana intelektual kita. Kita rasa kita orang yang bijak menilai, dah terbuka minda, bercerita seperti pakar politik, pakar ekonomi dan pakar teori hidup tapi bila kita mampu meyambut kutukan dengan gurau tawa.... sebenarnya itulah tahap kebodohan kita yang sebenarnya.
Ambik iktibar dari cerita Pak belalang, mereka ketawa walau mereka tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi. Dalam cerita P. Ramlee itu.... apa level tukang sorak di luar pagar.? adakah kamu semua seperti mereka..??
Tanya hati, dimanakah level pemikiran kita.
No comments:
Post a Comment