Bila aku baca blog yang ada nama dalam dunia blogger, aku rasa ada keyakinan bahawa Najib akan mengukuhkan pemuda. Ditambah dengan akhbar perdana yang menyentuh keperluan pemuda dan Najib ada menyentuh perkara itu. So aku nak tengok adakah sekadar cakap atau ada tindakan susulan selepas itu.
Kalau nak ikut gosip, Jamalludin Jarjis salah seorang bakal menteri sebab dia orang kanan Najib di Pahang, tapi kenapa Jamalludin tidak dilantik..?? mungkin Jamalludin akan ditugaskan oleh Najib menjaga Khazanah yang memegang aset berbillion.
Isa orang kanan Najib sebenarnya. Tapi Isa adalah liabiti umno maka beliau tidak dilantik. Itu tindakan yang baik dimana umno kena memperbaiki persepsi rakyat. Sesiapun tidak dapat memuaskan hati semua.
Sama la jua isu Zaid Hamidi berkempen anjuran Gerakan. Konsert dianjurkan oleh mereka, masakan Zaid nak komplen program orang. Kata negara majmuk, terpulang la pada mereka. Bagi aku, Zaid mengambil tindakan yang bijak. Dia membelangkangkan konsert tersebut sebagai lambang menolak anjuran perkara sedemikian. Itulah dikatakan menarik rambut dalam tepung.
Aku pernah menasihati member aku untuk majlis perkahwinan dia. Kalau kita ingin memuaskan hati semua orang, majlis kita akan kucar kacir. Apa yang perlu dirancang ialah mengikut budget kita sendiri dan tak perlu mengikut kemahuan orang. Andai kita mengikut kata orang.... mampuss kita.
Samalah keadaan di Selangor, ingat semua orang suka MB Selangor..?
No comments:
Post a Comment