Macam bosan sembang politik dan aku harap aku stop dari berfikir. Tapi nak watcamne...bila fikir secara neutral jawapannya masih lebih kepada umno. Apa yang risaukan sebenarnya ialah ketakutan kehilangan apa yang aku nikmati dahulu. Hidup sebagai melayu di tanah ini.
Kalau PRU yang lepas, Bagi aku BN kalah disebabkan isu ekonomi dimana kenaikan harga minyak telah membawa lantunan kos hidup. Rakyat melepaskan geram dengan menenyeh pembangkang kerana mereka merasakan menteri hidup senang tapi rakyat tersepit.
Sebenarnya dahulu penyokong Pakatan tidaklah sebanyak mana, tetapi kerana kenaikan minyak sebelum PRU telah membuatkan sokongan mendadak penyokong pembangkang. Debat Anwar dengan Sabree juga telah meningkatkan ranking pakatan walaupun aku merasakan sebenarnya kemenangan hujah kepada kedua belah pihak. Isu-isu lain mengikut pola masalah setempat, seperti kenaikan tol LDP, isu tanah dan pelbagai lagi.
Sekarang, isu ekonomi jatuh no 2 walaupun ekonomi sekarang meleset. Kerana apa ekonomi jatuh no 2..? kerana melayu hanya makan gaji dan bukan majikan yang perlu menjana duit. Tapi bila kehilangan kerja baru mereka tersentak dan tersedar bahawa tanpa ekonomi yang baik... politik pun takde guna.
Salahkan kerajaan..? Next PRU undi pakatan sebagai undi protes...... kalau kamu tersepak tunggul pun, salahkan la kerajaan, sebab kerajaan tak buat maintenence...
Orang sekarang politik hanya berlandaskan persepsi dan harapan. Cukup mudah bila persepsi BN korup maka semuanya akan buruk walaupun kerajaan membantu petani. Harapan untuk melayu sebenarnya tiada, tapi harapan untuk india dan cina terbuka luas untuk mereka.
Harapan untuk lebih cina masuk Islam kerana mereka bercakap dengan hadis aku rasa, ia pun sekadar harapan. Ia tidak ubah menguatkan persepsi melayu mereka mudah terpedaya. Kalau aku katakan, undi bukan melayu pada pakatan, hanya kerana mahukan kuasa, mereka akan kata.... " aku berfikiran sempit.. " walhal hakikatnya Anwar Ibrahim pernah menawarkan segala-galanya.
Orang melayu sekarang mengatakan mahukan perubahan dengan mengambil kira persepsi bahawa melayu sudah boleh berdiri sendiri. Walhal hakikatnya melayu hanya menumpang kemewahan. Kalau kuasa dan kedudukan dibuka, aku yakin melayu hanya sekadar pemerhati.
Kalau sekarang peluang luas diberi tapi hakikatnya melayu hanya sekadar penama. Perlukah DEB dibuka untuk melayu memenangi tender..?
Adakah nanti bila ada samarata melayu memenuhi semua IPT..? Bukankah hakikat bahawa melayu di universiti sekarang berlandaskan kuota dari kelayakan. Tapi ego mahasiswa sekarang dialah orang yang paling bijak dari kaum lain.
Andai nanti, pakatan memerintah adanya negara Islam..? Perdana menteri melayu timbalan cina dan india, menteri-menteri separuh cina india dan sisa-sisa itulah melayu. Adakah apa yang aku kata ini hanya sekadar persepsi diri sendiri.? silalah buat kira-kira sendiri.
Biarlah ia persepsi atau harapan. Aku menghormati majoriti. Jika difikirkan, umno pun susah nak berubah. Semuanya sama. Cuma apa yang umno tawarkan ialah menjaga kepentingan melayu.
Mungkin PRu akan datang pakatan akan memerintah, dan habuan itu 20 tahun akan datang. Apabila orang sekarang telah hilang, maka generasi akan datang akan terkenangkan masa silam.
Belajar la dari sekarang. Berdirilah dikaki sendiri. Jangan ada persepsi lagi mahasiswa melayu dibantu, jangan letakan harapan adanya lagi kerajaan seperti sekarang. Segalanya akan tinggal kenangan.
/me ambil iktibar... biasiswa ditukar pptn.. diacah berubah rupa-rupanya melayu dah tergapai-gapai.
No comments:
Post a Comment