Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib

Key Performance Index (kpi) dah dilaksanankan dalam syarikat GLC dah lama dah malah kalau tak silap aku ia telah dilaksanakan satu ketika dulu. So bagi aku ia bukan perkara baru dan sepatutnya ia menampakan hasil. Hakikatnya ia seperti gimik politik sahaja.

Datuk Seri Rais Yatim, aku rasa beliau amat sesuai menjaga kementrian itu. Ibarat sireh pulang ke ganggang dengan membawa satu lagi kuasa iaitu kementrian penerangan. Rais Yatim aku lihat dia orang lama dalam kabinet dan aku rasa pengalaman beliau digunakan sebaiknya. Semasa beliau menjaga kementerian Kebudayaan aku melihat perubahan dimana KEKWA terkenal dalam industri hiburan.

Sayang sekali bekas menteri Kerja Raya, Ir. Mohd Zain digugurkan dalam kabinet. Aku lihat prestasi kerjanya taklah teruk sangat malah aku tengok dia antara orang yang berkelayakan memegang fortfolio tersebut. Datuk Saziman orang kuat tenaga tetapi beliau dicampak ke kemeterian kerja raya. Susah nak cakap prestasi beliau... kira boleh je.

Tok Pa orang lama. Walau ia dilihat orang Pak Lah tapi ia dilantik semula kerana beliau amat sederhana berparti dan agak low profile. Dia banyak pengalaman dalam menguruskan ekonomi dan aku rasa dia mampu menaikan peratusan FDI negara.

Selebihnya mereka semua berjawatan menteri dan timbalan mentori la. Nak tau kemampuan mereka.... tunggu je la presatasi mereka. hurmmmm.....

No comments:

Post a Comment