Thursday, April 9, 2009

ting tong

Najib menghadapi 2 kemelut yang membawa 3 masalah secara general. Politik dan ekonomi akan membawa satu lagi masalah. Kenaikan minyak yang mendadak membuatkan Pak Lah hilang jawatan. Aku tak mampu nak ungkai kabinet Najib tapi aku fikir Najib perlu membuat tindakan susulan bagi survival umno .

Aku harap apa yang aku fikirkan tidak terjadi dimana barisan kabinet Najib hanya menguatkan parti peringkat atasan dan melupakan peringkat bawahan. Aku melihat Najib ingin mengatasi masalah ekonomi kerana ia merupakan nadi pemerintahan. Aku setuju benor dengan tindakan Najib menubuhkan semula MTEN kerana keadaan sekarang, ekonomi perlu dipantau setiap saat.

Andai ekonomi mampu menyelesaikan masalah yang pelbagai, aku melihat Pemuda juga harus di ambil perhatian. Sebenarnya sayap Pemuda antara yang mampu menguatkan parti jika dibandingkan dengan puteri dan wanita. Ini kerana, ramai pengundi sekarang terdiri dari pemuda dan mereka banyak memainkan peranan dalam pakatan.

Umno tidak perlu melawan pakatan dari atas kerana pakatan sekarang kuat disokong dari bawah dan dipelopori oleh orang muda. Andai Najib berterusan melawan dari atas, mungkin Najib membuat kesilapan. Ibaratnya Najib membuat benteng pada arus yang mencurah. Akan satu ketika, bila benteng itu pecah maka benarlah umno akan karam bersama arus tersebut.

Tindakan melantik Mukriz bukan tindakan yang baik pada parti. Tapi kerana survival umno, Najib terpaksa jua kerana kata-kata Tun amat berbisa pada orang lama. Oleh yang demikian Najib melantik Mukhriz demi menjaga kestabilan parti.

Tapi, harapan aku agar Najib tidak harus membiarkan Pemuda begitu sahaja. Razali aku lihat kurang berkemampun dalam menggembleng tenaga muda seperti belia. Sekarang ini, Pemuda dituntut untuk berkerja lebih masa dan yang penting Pemuda harus mengurangkan kegiatan politik untuk menawan semula hati orang muda.

Aku rasa. Razali hanya mampu mengawal Pemuda tapi tidak dalam konteks pemuda belia Malaysia. Razali tidak dikenali oleh orang muda dan kurang berpengalaman. Sekarang ini bukan masanya untuk bunuh membunuh tetapi harus melihat ke depan bahawa kapal umno sedang menuju ke lubang hitam.

Kalau PRU yang lepas aku rasa BN akan lemas, memang benar telahan aku. Bila saat BN mengambil semula Perak aku rasa saat tu, kapal berhenti sebentar dari terus karam. Ada kemungkinan kapal beralih arah namun Anwar berjaya menarik kembali arah kapal tu ke arah lubang yang dalam. Dan sekarang ia berhenti lagi dimana rakyat masih menanti tindakan Najib yang seterusnya.

Aku harap Najib dapat berbuat sesuatu. Kalau aku mampu menulis open letter untuk beliau... aku akan buat. Tapi nak wat camne..... aku syok sendiri.

No comments:

Post a Comment