Sah Kj tak tersenarai dalam kabinet Najib. Ok la tuh dari dia jadi beban pada kerajaan. Tapi agak muskyil bila Mukhriz pula dilantik jadi timbalan menteri. Pengaruh bapanya masih menguasai kerajaan. Kalau Najib tak bagi kat Mukhriz kang bapanya merajuk. Kalau dah merajuk... dia jaja cerita seluruh negara plak. Semua benda tak betul kecuali dia je yang betul.
Masa zaman dia PM, rasuah macam jadi barah. Tapi takde pun tindakan yang diambil. Yang ada dia tibai Muhammad Taib. MB bawak duit seguni. Tak logik langsung arr..... Samy vellu rakyat tak suka kenapa dia tak cantas..? Rafidah aziz yang banyak isu rasuah kenapa dia tak berani singkirkan..? hurmmmm.... itu belum cerita anak-anak dia lagi....
Aku tak berminat dengan Mukriz. Perlantikan beliau akan membawa sedikit perpecahan atau rasa tidak puas hati dikalangan pemuda. Kalah pada pemilihan tapi masih dilantik. Kalau Razali tu aku sokong walau aku tak kenal dia. Bagi je la kerusi tu pada orang lain, situasi menang-menang.
Macam mana Pemuda nak kuat kalau orang yang tidak ada dalam barisan pemuda tidak kuat dalam kabinet..? masakan bapak-bapak tua berjiwa pemuda dan turun kukuhkan pemuda..? Nak harap Khairy akan kukuhkan pemuda..? lupakan la.... mesti merajuk.
Ala..... kalau aku pun sure aku merajuk. Merajuk bukan tidak dilantik tapi bebulu bila orang yang kalah diketengahkan. Tapi aku dengar dia akan dilantik menjaga satu GLC kerajaan. So... mungkin terubat la sedikit lukanya. Jangan dengar je tapi takde apa-apa surat perlantikan.
Umno sekarang teruk sebab belia dulu diabaikan. orang muda sekarang kata minda terbuka..? Apa yang dimaksudkan oleh mereka dengan minda terbuka..? Sebab masa ketika dia remaja dan meningkat dewasa, umno menjauhkan diri. Tidak ada pemimpin yang mendekati mereka. Mereka terbiar tanpa arah tujuan.
Tatala Anawar bercerita tentang agenda, mereka rasa dia disayangi. Mereka rasa ada orang yang perihatian pada mereka. Mereka baru terasa ada haluan walau haluan itu akan mengorbankan masa depan. Semua ini adalah kesilapan pemuda yang dinaungi Hishamudin.
Sekrang Mukhriz dilantik..? Kuat ke dia dalam barisan pemuda sedangkan analisa aku dia tidak ada karisma memimpin. Bagaimana dia nak memimpin andai dia sendiri dipimpin oleh ayahnya sendiri. Namanya meletup sewaktu dia mengata Pak Lah bersama ayahnya.
Timbul sekolah aliran. Dalam blog Zulkifli Nordin juga ada menyatakan isu sekolah satu aliran. Fikirkan secara logik... adakah cina nak matikan sekolah cina. Dia sokong ke..? sedangkan sekolah kebangsaan pun cina boikot inikan pula sekolah satu aliran. Dalam perlembagaan juga ada menyatakan kebebasan sekolah iaitu kebebasan berpendidikan.
Apapun, nampak gayanya umno tidak melihat perkara penting ini. Pemuda satu elemen yang boleh menyelamatkan umno. Tapi Najib tidak mengambil tindakan yang proaktif dalam hal ini. So dalam Pru akan datang.... dimana pemuda..? Pemuda berani...? pemuda setiakawan..? atau PEMUDA AKAN MATI.
No comments:
Post a Comment