Sengaja aku tinggalkan geng aku padahal dia bertanya secara baik. Aku respect cara mereka. Tapi sebab sebelum ni orang jaki aku, kat kedai makan aku sering nak bertekak, so aku bla la... aku jawab je dalam blog.
Tak tahu la nkorang bukak ke tidak blog aku ni. Itu bukan persoalan aku. Aku buat blog ni sebagai tempat lepaskan geram, tempat aku mengelak dari cerita politik dengan nkorang. Sebab bila cerita aku nak menang je dan tidak sependapat. Aku tidak sejajar dengan pendapat nkorang.
Masakan tidak.... kalau baru baca emel kenapa pakatan kuat kerana blogger..... hurmmm.. aku dah sembang lama dah. Tak dapat emel pun seperti nkorang. Tapi aku nak nyatakan, aku dah tulis sebelum apa yang nkorang rasa. Tak caya, carilah tajuk kuasa mutlak. Nertwork so powerfull n unlimited.
Kalau nak jaki aku menang bukit gantang, tak payah nak sembang la. Menang sebab pengundi cina dan aku tahu sebabnya kenapa. Tak payah la nak sembang cina dah terima Islam dengan hati yang ikhlas. Itu satu cerita politik. Aku muda tapi aku punya akal untuk berfikir.
Kalau nak sembang keruntuhan ahlak, nak salahkan kerajaan. hujah tu aku tak boleh terima. Tapi kalau sama-sama salah aku boleh terima walaupun sebenarnya yang patut dipersalahkan ialah ibubapa dalam mendidik anak-anak.
Macam mana mak nak ajarkan anak sembahyang kalau waktu magrib mak ayah bawak anak-anak g kedai makan. Kalau kerajaan kuatkuasakan larangan waktu magrib keluar... maka keluarlah kitab demokrasi. Alih-alih kerajaan dihentam dengan demokrasi.
Kalau mak pakai skirt, anak perempuan tak boleh pakai skirt ke.? Kalau mak pakai bju ketat, anak perempuan dah la ketat, tak cukup kain plak tuh. Boleh ke mak larang..?
Kerajaan kena buat akta gak ke larangan org Islam tak boleh pakai skirt..? Kalau laksanakan akta tuh.... majlis peguam hantar petisyen kat makamah. Sape yang menyokong majlis peguam..? kerajaan atau pakatan..? tapi bila isu Isu murtad, IFC dan macam-macam lagi... yang disalahkannya 100% kerajaan. Pakatan menjadi jaguh. Ibaratnya dia buat virus dan dia berlagak ada antivirus. Hampeh tol la....
Keruntuhan ahlak adalah selari dengan pembangunan. Perkara itu susah nak dielak kerana perbagai bentuk pendedahan. Di Kelantan kurang pendedahan tetapi gejala keruntuhan ahlak masih terjadi. Tengok apa dah jadi lorong central market..? sape yang jadi tukang rembat..??
Orang terpelajar, orang muda yang dikatakan terbuka, sudah pandai... yea betul memang nkorang pandai ada degree dan Dr. Tapi adakah Dr itu melambangkan ilmu dunia dan akhirat..? Mencakupi semua ilmu..? Tahu tentang hakikat..?
Tak payah sembang la.... Bos aku ada ada title prof. Dulu dia cakap dia nak tu la, ini la.... tapi bila hakikat sebenar, tunduk mengalah. Aku tak kata dia tak bijak atau baik.... tapi dari segi hakikat dia cari makan dan dia ada bos lain camne..?? ada terfikir.?
Orang muda dah terbuka ek.... hahahhaha.... sejak bila terbukanya. Sejak baca perisik atau mahazalim atau mahafiraun yang ada gambar mahathir..? Yang muda orang 30an dan awal 20an..? nko ingat aku tak tahu apa yang nkorang fikirkan..? ada buat analisa semua aspek..?
Kroni..? Pakcik masukan dia berkerja alih-alih kata antikroni..? Pagi-pagi tak tengok cermin..??
Kerajaan tak tolong rakyat..? nak apa..? banglo sebijik setiap orang..? Kena bagi biasiswa pada semua orang..? Mak ayah kita.... adil ke bagi kasih sayang seadilnya..? semampu yang boleh tapi mesti sayang pada yang bongsu kan.... kenapa ia terjadi..??
Orang tua yang menyokong Pkr..? siapa..? orang yang tidak dapat habuan dari umno lalu beralih arah untuk lepaskan geram.? atau orang politik yang lompat parti semata-mata nakan habuan..? ala..... aku dah banyak sembang la.... semua sama. Rasuah..? brape umur Fairus PKR dalam kerajaan..? camne..?? ada komen..?
Hebat sangat ke keterbukaan minda tu..? Apa... mentang-mentang aku bukan clubing man aku tak terbuka..? pirahhh....~~!
Aku nak tanya nko la.. jujur la.... member nko buat ada sesuatu yang tak baik.... ada report dengan jabatan berkenaan..?? ada nko laksanakan tanggungjawab nko sebagai muslim..? atau sebenarnya nkorang 2 kali 5..?? Kalau orang duduk apartment atau rumah teres... ada jalinan kejiranan seperti di kg2..???
jujur la... tak perlu hiprokrit....
No comments:
Post a Comment