Anutan anak tukar agama kekal.
Sebenarnya topik ni sangat berat untuk dibincangkan. Pendapat orang boleh diterima asalkan bernas. Tapi aku tengok dalam isu ini, ramai yang memberikan pendapat dengan tidak rasional atau secara berilmu.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Memang aku agak janggal bila berkaitan dengan agama Islam ia dipengerusikan oleh orang cina, tapi aku berpendapat ia dibuat secara mengikut teknikal yang betul. Apa yang aku maksudnya ialah tajuk utamanya tidak berkaitan dengan Agama Islam tetapi isi kandungan berkaitan dengan Islam.
Tak fahamkan apa yang aku maksudkan. Ia melibatkan semua agama dan bukan terhad kepada agama Islam sahaja dan isu yang dibangkitkan melibatkan perpaduan diantara kaum sebab tu kementerian perpaduan yang mempengerusikan mesyuarat.
Kementerian Hal Ehwal Agama hanya terhad kepada berkatian dengan Islam seperti pembangunan agama atau masalah agama. Disini kelalaian pada pemimpin Islam terjadi. Keputusan jawatankuasa ini banyak memberi kelebihan kepada agama lain bukan Islam.
Sepatutnya keputusan mesyuarat perlu merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa kebangsaan terlebih dahulu bagi mendapat pandangan yang sewajarnya. Pandangan mufti-mufti perlu dipertimbangkan secara mendalam kerana lebih arif tentang agama.
No comments:
Post a Comment