Saturday, April 25, 2009

Orang Kaya Khalid

Omak aii..... Patutlah dikatakan "golden handshake". 200 juta saham atau 20% daripada saham KGB. Banyaknya dia dapat opsyen tuh.... adakah nilai itu bersamaan dengan 66juta....?? wooww...!! Orang kaya Khalid..... mu ni memang bijak... dah perhabis semua duit Ghutrie sekarang mu jadi alim ulama. huh...~~!

Anti kroni, mengekang ketirisan kepimpinan dan pelbagai anti lagi mu ungkapan untuk menipu orang. Inikah pimimpin tulen yang memperjuangkan hak rakyat.? Aku tak dengar pun puak pakatan yang menyentuh isu ini. Inilah perjuangan pemimpin PKR yang sebenarnya.

Perbezaan penyokong Keadilan dengan penyokong Pas dan umno. Penyokong Pas biasanya menjadi pak turut pemimpin atasan sementara penyokong Keadilan adalah orang yang agak brutal dan lebih malang lagi mereka kurang daya pemikiran.

Kebanyakan orang Keadilan tidak ada karisma untuk menjadi pemimpin sebab itu sekarang siapa yang lompat parti akan mendapat tempat dalam parti dengan lebih cepat. Lihat sahaja Fauzi Abdul Rahman mendapat tempat di Pahang. Kenapa susah sangat menggantikan tempat Firus atau menjadi MB Perak sebelum ini..? Segalanya terjadi kerana MP atau YB Keadilan adalah orang yang tidak berkualiti.

Penyokong umno pula biasanya akan terdiri hanya pada rakan-rakan AJK cawangan dan seterusnya ke peringkat tertinggi. Umno nampak kuat kerana umno banyak melibatkan belia dengan secara tidak langsung. Hakikatnya penyokong umno tidaklah terlalu ketara kerana mereka hanya pengikut-pengikut program anjuran umno tetapi bukan mengikut pemimpin secara taksub.

Sebab inilah kenapa sekarang umno lemah. Umno sudah tidak seperti dulu. Hari demi hari tidak banyak program yang dilakukan. Mereka hanya lebih kepada politik dan membiarkan belia terbiar.

Aku rasa semua orang dapat bayangkan jiwa anak yang terbiar. Bagaimana jiwa seseorang anak yang ibubapanya mementingkan duit berbanding nilai kekeluargaan. Kebanyakan mereka akan protes dan hatinya terlalu sepi, lalu mereka akan mengikut kemahuan hati tanpa memikirkan risiko.

Tiada siapa nak mendidik dan membimbing serta memberikan kasih sayang.... So... andai ia dipandang dengan skop lebih besar..... maka golongan belia yang protes dan terbiar melepak tanpa program.... maka fikiran mereka senang diracuni..... apa akan jadi..??

Mereka akan mengatakan.... mereka perlukan perubahan kerana akalnya dah terbuka.

No comments:

Post a Comment