Monday, April 27, 2009

wajah

Aku tengok clip video perisik. Aku simpati dan sedih dan terkenang akan program yang beratapkan lagu jaclyn victor, BERSAMAMU. Program tu aku kurang berminat.... bukan aku benci tapi hati aku tak mampu melihat kesengsaraan orang, apa yang terdaya... aku cuma bantu dalam tabung sahaja.

Aku bersyukur, dalam kesusahan aku, aku masih lagi mampu memberi anak-anak aku sepotong ayam yang tidak dimakan oleh orang lain. Sebab tu, aku tak pernah lupa anak aku taktala aku menyuap dalam mulut aku sendiri. Nampak aku seperti kuno, tapi itulah diri aku yang berjiwa kekampungan.

Aku tahu, ramai lagi penduduk Malaysia seperti itu. Sampah dijadikan sumber rezeki harian. Tidak kira melayu cina atau india... kita sepatutnya membantu apa walau hanya seringgit dua. Moga bantuan yang kita beri secara iklhas akan menjadi tongkat kepada mereka untuk membela keluarga mereka.

Aku masih ingat, kisah satu keluarga besar di program bersamamu satu ketika dulu. Walau mereka susah tapi mereka masih bersyukur dengan perberian ALLAH dan mereka menganggap semuanya ujian ALLAH.

Walau ayah mereka bercerai tapi ayah dia tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah. Mungkin anggapan pada pasangan itu, hanya penceraian mampu menahan daripada keluarga terus membesar..... tu aku no komen.

Apa yang harus diambil ikhtibar...... kita harus bersyukur dengan rezeki pemberiaNYA. Cuma apa yang aku kesalkan..... kenapa zakat itu boleh disalurkan untuk majlis perkhawinan dan bukan golongan fakir seperti mereka.???

Dan satu perkara yang kurang sedap didengar.... kita sering menyalahkan pemerintah seratus%, sedangkan semuanya bermula dengan inisiatif kita sendiri. Mungkin kita antara yang mampu keluar dari kepompong kemiskinan, tapi kita kena terima hakikat..... tidak semua adalah senasib baik seperti kita.




Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa


No comments:

Post a Comment