Monday, April 27, 2009

AP

Permit AP dikaji semula.

Ia bukan isu tapi memang sudah lama memerlukan perubahan. Kalau ayah tak mampu, baguslah anak lelaki sendiri yang merubahnya. Aku masih teringat "isu" lama ini. Dulu kalau nampak Rafidah sure akan terbayang AP.

Adil ke kepada rakyat kalau Approved Permit atau AP dianugerahkan kepada saudagar kaya seperti ahli parlimen sedangkan rakyat miskin hanya diberikan memakai proton..? Kenapa yang kaya harus ditawarkan kemudahan untuk kesenangan sedangkan rakyat yang sekadar cukup makan dilambakan dengan kereta seperti proton..?

Murah ke harga proton..? harga sebuah kereta pesona sama dengan sebuah harga sebuah vios atau honda sebiji. Dengan nilai 50K, sepatutnya rakyat dapat memiliki kereta yang jauh lebih selamat dari kereta pesona..... tapi kerana dasar melindungi proton.... rakyat gak yang banyak mati di jalan.

Kancil baru 30K tidak termasuk bunga...? adehh.... kereta tidak berbaloi dari segi harga. Kalau di negara pengeluar kereta , aku rasa kereta tu mungkin hanya sekitar 20K sahaja.

Tapi apa yang menyedihkan andai perkara ini ditimbang sekadar dari sudut ini.


Mukhriz berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan pelbagai pihak supaya dasar pemberian AP lebih terbuka dengan hanya memperuntukan 30 peratus kepada bumiputera.


Isunya bukan bumiputera tapi rakyat mahukan kereta yang lebih kompetetif dari segi harga. Bukan bayar mahal.... tapi kualitinya seperti cap ayam. Dasar yang lebih terbuka untuk rakyat memilih dengan cara yang terbaik.

No comments:

Post a Comment