Aku lupa blog sape yang aku baca. Aku tertarik sebab dia menyanjung Tun Ghafar Baba dan menyarankan UITM di tukar ke Universiti Tun Ghafar. Aku tak tahu jasa beliau secara terperinci tapi aku tahu TUN memang orang yang banyak berjasa pada negara.
Jasanya tidak terbilang dengan jari tangan atau jari kaki. Jasanya terlalu besar dan setaraf dengan Mahathir. Beliau sangat low profile dan yang paling penting dia buat kerja untuk rakyat tapi tidak suka publisiti. Dia sangat iklhas dalam membantu orang melayu.
Sebenarnya, beliau antara tulang belakang umno. Dia sering menjadi utusan umno dalam beberapa misi penting seperti penubuhan umno di Sabah dan mewakili umno dalam sesi jelajah berjumpa Raja Melayu satu ketika dulu. Tun Ghaffar juga sebenarnya banyak memainkan peranan menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut dalaman umno.
Sudah menjadi asam garam politik... tendang menendang itu biasa. Tun Ghaffar ditentang oleh Anwar walau Mahathir menyuruh agar beliau tidak ditentang. Tapi kerana keterbukaan Tun Ghafar, beliau redha walau sebenarnya itulah peristiwa yang amat mengecewakan dalam sejarah hidupnya.
Sesiapa yang pernah membaca sejarah beliau, aku pasti orang itu pasti tersentuh atas keikhlasan beliau dalam berkerja dan membantu orang melayu. Tapi kini.... Tun sudah tiada lagi...... Al-Fatihah untuk beliau dan moga beliau di tempatkan dengan orang-orang yang beriman.
/me matinya beliau tidak meninggalkan harta tapi meninggalkan jasa.
No comments:
Post a Comment