Friday, April 24, 2009

cut cost lagi

Semalam dengar taklimat atau lebih kepada amanat CEO, apa lagi.... kompeni dah terhuyung hayang penangan ekonomi semasa. Yang mana boleh potong.... kita potong, lebih kurang itulah amanat CEO.

Yang menariknya..... isu minum pagi..... so sure arr.....next time bahaya kalau minum lebih 15 minit. Memang benar apa yang diperkatakan, majikan bayar mahal tapi menghabiskan masa di cafe. So isunya.... adakah bayaran gaji kita setimpal dengan apa yang kita buat.

Aku tertarik isu minum ni kerana bila dah salah, ada je nak menegakkan benang basah. Sebenarnya, aku dengar VC sebuah IPTA yang baru dilantik dikatakan hebat dari aspek displin, ibaratnya sampai tahap tak boleh minum pagi la...

Nampak macam hebat bekerja tapi sebenarnya aku rasa rugi je kerajaan bayar gaji dia sebagai VC sebuah IPTA. Kerana apa...... kerana displin yang dia ingin terapkan..... dia sanggup jadi jaga nak tangkap staff datang lewat..... alahai...... camtuh wat pe jadi Vice Cancellor, baik dia jadi jaga.

Takde kerja yang lebih berfaedah ke dari buat kerja tu..? Mana pengawal keselamatan..? tak percaya pada unit keselamatan...?? hurmmm.... no komen...... mampu ke kita membuat semua kerja..?

Seorang Dr, dari UPM pun pernah pertikai perkara ni...... " aku selalu takde kat ofis tapi paper aku lebih banyak dari orang yang duduk ofis. " hurmmmm.... mengapa ia terjadi..? renung-renungkan......

Berbalik pada cut-cost tadi.... andai diteliti, apa yang ingin dilaksanakan bagi aku kurang memberi impak, sebab beban kewangan syarikat bukan kerana kos operasi yang merapu tapi kos operasi rutin yang perlu dilakukan. Soo.... apa yang nak di potong....?? gaji staff bawahan di potong tapi gaji CEO naik 100%...???????

/me kaki kanan sakit.... tapi kaki kiri dibedah..... alahai.......

No comments:

Post a Comment