Wednesday, April 22, 2009

damainya desiran alam

alahai... sedihnya bila aku baca, dah seminggu UMP tiada bekalan air. Samada ia realistik atau tidak, itulah hakikat yang perlu diterima. Negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi tapi bekalan air sering dicatu.

Bila kita mewah akan sesuatu maka kita lupa akan menghargainya. Itu lumrah kehidupan. Kita leka dalam menguruskan kehidupan akan datang. Andai perkara ini berlarutan, tidak mustahil air lebih mahal dari seliter minyak.

Minggu lepas, minah indon kedai ikan pesan kat aku, ' jangan letak ikan kat air paip yang baru a'aa, air sekarang banyak klorin. " aku angguk tanda malas nak layan sebab aku tak bayar parking kereta. Then aku call member aku, suruh dia tukar air dalam aquarium.

Sampai ofis..... ikan aku dah tersadai dalam baldi... huh..~~! sape yang tak bengang kalau tengok ikan terteleng-teleng dengan orang takde. Then... bila member aku datang, dia naik heran... aikk... baru seminit aku naik ikan ni dah macam kapal nak karam.... hurmm...

Aku rasa sekarang kandungan klorin air pair dah mencecah tahap maksimum yang dibenarkan. Mungkin sebab tu tak sampai 5 minit ikan dah mati dan aku rasa sebab tu juga aku kurang minum air kosong kat rumah. Macam tak sedap je... hahhahaa.... memang la.... air kosong mana nak sedap..... tapi sebenarnya siapa kat rumah yang ada RX atau RO filter dia akan cakap.... sedap minum air kosong...

Kita sering mengabaikan tanggungjawab kita dalam menjaga pencemaran sungai. Hutan tadahan air digadaikan atas nama pembangunan. Sisa kumbahan di curah dalam sungai, sampah sarap jangan la cakap.... perangkap sampah pun dah lalu nak menampung sampah yang bertan-tan beratnya.

Aku tak faham kenapa kerajaan sanggup berbelanja berbilion bersihkan sungai tapi takde tindakan kepada pengusaha industri yang mencemarkan sungai. Dalam hal pencemaran sungai aku nampak hampir kesalahan terarah kepada kerajaan. Bukan nak menyalahkan tapi itulah hakikat.

Kelulusan pembangunan semuanya dari kerajaan, dan pihak yang menyaman juga kerajaan. Tapi biasanya isu pencemaran sungai, kerajaan akan melihat kepada sikap rakyat. hurmmm...

Memang sewajarnya kita membayar perkhidmatan yang mahal sejajar dengan kualiti air yang kita terima. Tapi mengapa harus kita membayar air yang mahal kalau sumber air itu percuma..?

Di Selangor tiada tadahan air yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat lembah klang. Ye la... mana nak cukup kalau dari dulu semua tadahan air kerajaan tarah buat pembangunan. Lihat sahaja apa dah jadi di Rawang.... alahai.......

Kita tidak mewariskan alam kepada anak kita tapi sebenarnya kita meminjam dari mereka.

No comments:

Post a Comment