Bengang bila aku fikir pasal umno Terengganu ni. Macam kena tipu bila aku menyokong umno walhal pemimpin umno masih berfikir seperti dulu. Aku tak faham, mereka kata perlu berubah tapi aku tengok..... Najib je yang sibuk membuat planing reform tapi pemimpin bawahan masih bercakaran mengejar jawatan.
Puak si Deris ni, kenapa la bodoh sangat sampai nak pulaukan sesi dewan semata-mata nak angkat Deris jadi MB. Bodoh sangat aku rasa tindakan mereka ni. Ingat rakyat masih berfikir seperti dulu kah..? kalau hanya sms ugutan bunuh mereka tak datang mesyuarat dewan.... alahai... memang bodohnya la puak-puak ni.
Ahmad Said pun satu hal.... kalau betul pemandu ambulans jadi ceo, apakah jadahnya orang macam aku ni nak mentadbir syarikat besar. Susah sangatkah untuk menjadi seorang MB yang tidak diterima oleh kebanyakan Adun tapi mempunyai sikap terbuka..?
Sebenarnya, inilah masalah besar dalam umno. Mereka masih tidak sedar akan kegentingan umno sekarang ni. Fikiran mereka masih diselimutkan dengan jawatan. Mereka rasa umno masih sekuat dulu. Sebab apa mereka merasakan keadaan seperti itu..?
Itu kelemahan pemimpin umno yang nyata. Mereka tidak turun padang, bersembang mendengar masalah orang, maka bila semua disekelilingnya semua orang umno.... mereka akan rasa umno masih gagah. Gagah seperti mereka berkereta besar menyelusuri kg2..... yang dibenci oleh rakyat itulah yang dibanggakan oleh pemimpin umno........hurmmm....
Hakikatnya.... umno Terengganu ini perlu menjadi teladan kepada umno negeri2 lain terutamanya di Perlis. Perlis tidak ada isu besar, tapi orang umno sendiri yang menjadi isu. Bercakaran semata-mata mengejar jawatan.
Cerita memperjuangkan rakyat, perjuangan orang melayu, tapi kalau senario seperti ini yang ditunjukkan...? fikirlah.... betulah persepsi orang menyatakan..... umno gila jawatan.
hurmmmmm..... bukan rasa kena tipu sebab aku sedar ini hakikat inilah cerita kain dalam umno dan ia susah nak terhapus. Memang bodoh betul la pemimpin umno ni...... memang bodoh..... ada masa lagikah untuk semua ini....???
korang semua tak fikir ke.... silap-silap PRU akan datang... nama Deris Jusoh pun tak lekat dalam kerusi pembangkang....
No comments:
Post a Comment