Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku

Pesta buku tahun ni nampak cam meriah.... mungkin aku baru tersedar akan kehebatanya pesta buku. AKU....?? Semua perkara adalah berdasarkan gerak hati aku, begitu juga publisiti pesta buku tahun ni yang nampak lebih meluas. Yang penting aku cuma nak cakap pasal budaya membaca.

Pagi semalam masa minum-minum tgk SPM TV1. Then aku berminat dengan apa yang diperkatakan oleh pengacara SPM tersebut. Budaya membaca kurang ada pada rakyat Malaysia.

Aku kurang setuju dengan pendapat tersebut lalu aku jadikan topic minum pagi. Kenapa aku tidak setuju...? aku rasa kemungkinan penganalisa membuat kajian dengan mengukur budaya membaca dengan hanya membaca buku, akhbar atau majalah sebagai kayu pengukur.

Membaca merangkumi semua bahan bacaan samada ia berkaitan dengan pelajaran atau ilmu pengetahuan. Tetapi penganalisis biasanya hanya memberi point kepada bahan pelajaran atau buku yang diterbitkan di atas kertas. Itu perkara yang diset dalam minda penganalisis. Tapi bagi aku zaman dah berubah. Separuh dari bahan bacaan sudah diterbitkan dalam kertas elektronik. So mereka kena lihat juga perubahan tersebut.

Kalau masyarakat dulu kurang budaya membaca aku setuju tetapi tidak kini. Kini, budaya membaca kelihatan seperti seiring dengan peningkatan penyertaan masayarakat dalam politik.

Dulu masyarakat kita membaca terbahagi kepada 2 golongan sahaja tapi kini skop pembacaan adalah besar. Sebab tu google, yahoo atau blogspot mampu menjana keuntungan dengan masa yang singkat.

Trend orang dulu dulu....
Pertama, orang yang sedang belajar dimana mereka membaca buku pelajaran dan golongan kedua ialah orang yang suka membaca buku cerita atau majalah. Aku tak pernah beli buku cerita tapi dulu hampir semua buku cerita aku baca terutama cerita seram. Tamar Jalis..?? huh.... tak pernah beli tapi dulu aku ada koleksi. Kalau buku Salah Asuhan aku baca apatah lagi Jibam, Badai Semalam atau cerita penyiasatan.

Itu cerita dulu. Sekarang..... lihat orang sekarang bagaimana. Kalau diteliti " yang membezakan seseorang dengan orang lain ialah apa yang dia baca".

Orang sekarang ramai yang bijak pandai dan alert dengan setiap perubahan atau semua kejadian. Kalau mereka tidak membaca, masakan blog2 makin penuh dan semakin ramai yang mengunjungi pesta buku.

Sekrang ni, cuba la sembang tentang apa saje.... semua orang boleh sembang. Tidak kaku untuk bercerita kerana semua ada pengetahuan masing-masing. Kalau dulu semua bahan adalah terhad tapi tidak kini. Malah, buku yang hanya berkisar pada barangan hantaran mampu jualan buku mampu mencecah puluhan ribu unit. So.... bukankah itu menggambarkan rakyat kita memang suka membaca.

Kenapa ia berubah..?
Orang tua-tua dah takde, yang ada generasi baru yang pandai membaca dan suka benda-benda yang baru. Faktor kedua ialah bilangan penduduk makin ramai. Dua faktor ini sudah cukup meningkatkan statistik rakyat Malaysia makin gemar membaca.

Sekarang ni, internet dan bahan bacaan terlalu banyak. Kalau tidak ada permintaan kenapa banyak majalah dan akhbar baru diterbitkan..??

Apapun, jangan diukur budaya membaca itu hanya terhad kepada ramai ulat buku tetapi budaya membaca haruslah diukur dengan ilmu pengetahuan orang sekarang. Dan yang penting setiap kali pesta buku..... aku akan bekerja lebih masa...... hahhahhahaha..

1 comment:

  1. wa,banyak baca buku.kata x beli.tapi mana dapat koleksi2 buku tue..sah pinajam x pulang2 ni

    ReplyDelete