Sunday, May 3, 2009

Blogger network lupa daratan..?

Aku rasa macam tak sempat nak ulas, tapi aku nak aku nak cakap gak walau tak banyak...... hehehehe.... aku ni macam pengulas sukan plak.

Aku nak ulas posting perisik pasal blogger pembangkang lupa daratan. Adakah mereka kecewa atau mereka macam tak percaya akan ada sikap sedemikian..? suka meminta-minta dan melobi jawatan? dan yang lebih menarik ialah menjadi badut DSI.

Itulah, baru acah nak memerintah, Pas dah tunggang langgang. Kalau dulu sibuk mengutuk umno sekarang semuanya terjadi kat depa.. awat... terkejut kah..? alahai...

Inilah yang aku katakan mereka dalam kebodohan. Mereka tau, Anwar macam mana, tapi mereka masih dok sibuk sokong Anwar. Kalau mereka kata sokong Pas, Sokong Nizar bukan Anwar.... hurmmm... tak nampakkah Nizar macam lembu dicucuk hidung...? pura-pura tak tahu kerana malu nak mengaku kebodohan sendiri ke..?

Bukankah Nizar dan Anwar tagteam..? Sama-sama menentang melayu..? kenapa mempertikaikan Anwar sedangkan mereka duduk satu kapal..? bab ini aku susah nak cakap, sebab apa, aku rasa mereka pakatan pembangkang macam orang yang bebal. Kalau bodoh diajar senang skit, dan kalau bebal macam lembu ok lagi.... ni hah, bebal macam kaldai.

Mereka tak sedarkah, mereka ini meracuni fikiran orang.? mereka tak sedarkah kerana mereka ini semakin lama semakin banyak kepentingan melayu hilang. Aku tahu, puak ini tak kisah tentang kepentingan melayu, kerana mereka beranggapan DEB ini tidak menguntungkan dia, tapi cuba amati....

Kenapa Pas ulama ada tergerak untuk membuat kerajaan perpaduan..? Bodohkah mereka ini...? Bagus sangatkah pemikiran blogger network ini sehingga berlagak menepis kepimpinan lama PAS. Mereka ini orang lama dalam politik. Mereka tahu asam garam politik, mereka tahu apa yang mereka buat. Tapi.... blogger network, macam bagus.... kenapa macam bagus... kerana mereka sombong blog mereka dikunjungi ramai orang, ramai follower dan dah macam artis. Dia terasa dia ramai pengikut.... walhal.... mereka inilah yang meletakkan melayu dalam kegelapan.

/me belum memerintah dah macam-macam, esok lusa kalau memerintah..... alahai.... habis semua digadaikan.

No comments:

Post a Comment