Sunday, May 3, 2009

Ekonomi Teknologi

Pasca cerita negara.

Aku orang kecil dalam negara ini. Walau aku orang kecil, tapi aku masih mampu berfikir akan keunikan negara aku ini. Selain berbilang kaum, Malaysia sebenarnya antara negara yang bertuah. Tidak terlalu kaya dengan sesuatu sumber dan tidak terkurang akan sesuatu.

Contoh apa yang aku maksudkan, ialah kita ada sumber minyak walau tidak banyak, negara kita tidak terlalu cantik, tapi negara kita penuh warna warni. Ada keindahan alam, ada pelbagai kaum dan yang paling menarik ialah susunan pemerintahan yang aku rasakan kehebatan takdir Allah.

Turutan nama Perdana Menteri dengan susuan nama RAHMAN itu sendiri memberi kita seribu makna. Sekarang ini timbul persoalan, siapakah PM Malaysia yang akan memulakan langkah sebagai Perdana Menteri alaf baru.

Apa yang aku nak sembangkan ialah sebenarnya pemerintahan negara ini tidaklah teruk sangat. Sesiapa yang menyatakan negara ini ditadbir dengan tidak terurus bagi aku orang itu sebenarnya tidak memiliki hati yang ikhlas atau wayar akalnya tidak bersambung. Kurang minum susu Annmum kot…. hehhehe

Bagi aku inilah pasca pemerintahan Perdana Menteri kita.

Kebiasanyanya, sesebuah negara setelah merdeka, kerajaan akan memantapkan dasar pendidikan.Setelah dasar pendidikan dilaksanakan, mereka akan menumpukan kepada sektor yang memberi pulangan ekonomi negara atau pemerintah akan membantu rakyat dengan membangunkan sektor ekonomi setempat.

Mungkin sebab itu, sektor pertanian ditekankan terlebih dahulu oleh kerajaan kerana sektor ini bukan sahaja memberi pulangan ekonomi kepada negara tetapi sektor ini banyak diceburi oleh orang melayu.

Permulaan perkembangan sesebuah negara diukur dengan sektor perindustrian. Sektor industri ini diperkenalkan oleh Tun Mahathir pertengahan tahun 1988. Sektor ini banyak merubah landskap ekonomi negara dan menjadi sumber pendapatan utama negara ketika itu.

Bayangkan, hampir 10 tahun berturut-turut negara kita mampu mengekalkan nilai KDNK negara sebanya 8% setahun. Pada orang biasa seperti aku, mereka akan menganggap nilai ini kecil tapi pada pandangan pakar ekonomi nilai ini adalah cukup tinggi dan susah untuk dicapai.

Sebab itu, negara maju seperti Jepun mudah memberi kita pinjaman kewangan kerana ketika itu Malaysia boleh dianggap peneraju negara membangun.Pencapaian yang dicapai oleh negara dicemburi oleh kebanyakan negara kerana mengapa Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum boleh menjadi negara yang makmur dan ekonominya amat stabil.

Yang menariknya, sebelum Tun Mahathir melepaskan jawatan, beliau sempat membuat cyberjaya sebagai kesinambungan pembangunan akan datang. Cyberjaya ini adalah satu industri yang berbeza dengan perindustrian kerana cyberjaya adalah asas kepada industri teknologi tinggi. Untuk menjadi sebuah negara maju, perindustrian bukanlah satu industri yang boleh menjadi pemangkin yang kuat kerana perindustrian lebih merupakan sumber pendapatan negara dan menjadi asas peluang pekerjaan kepada rakyat.

Setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau cuba untuk membantu para petani dengan menekankan unsur teknologi ke dalam sektor pertanian. Oleh kerana panas tak sampai ke petang, bidang pertanian yang cuba dibela oleh Pak Lah belum membuahkan hasil tapi beliau sudah terpaksa meletak jawatan.

Bagi aku, sepatutnya Najib kena membawa arah negara kepada negara yang berteraskan teknologi, menukar pendustrian kepada perkhidmatan. Mungkin dengan ini, negara tidak bergantung lagi kepada pendatang asing untuk membantu pembangunan negara.

Sektor perkhidmat ini mempunyai potensi yang luas dalam menjana pendapatan dan kunci kecemerlangan dalam mencapai wawasan. Aku hanya mengambil contoh, sekarang ini kita boleh dikatakan menjadi hub kewangan perbankan Islam, so…. ramai pelabur kewangan luar melabur di dalam negara kita.

Sebut bank memang kita akan terbayang duit. Maka kalau pelabur luar seperti Al-Rahji Bank membawa masuk modal 1 billion… huh…. Bukankah ia satu pelaburan yang besar…?

Kalau difikirkan, agak-agak 1 billion berapa luas saiz kilang yang hendak dibina..? tapi dalam sektor perkidmatan, saiz fizikal bukan menjadi ukuran tapi dengan satu bumbung sahaja 1 billion itu mampu ditampung.

Kalau diteliti, buruh asing tidak diperlukan, tetapi tenaga pakar sahaja yang terlibat seperti pengurus yang hebat dibawa masuk. Andai tiada pendatang asing, berapa banyak kita mendapat faedah..? tiada pemandangan sana-sini warga asing yang selekeh, kurangnya masalah sosial, kurangnya kejadian jenayah…. Dan aku rasa banyak kelebihan lagi akan dinikmati.

Apapun, aku tabik dengan kakitangan bank negara dan mereka yang terlibat dengan sektor ekonomi. Andai mereka atau kementerian kewangan tidak cekap, aku rasa kita tidak mampu menikmati keselesaan seperti ini.

Banyak negara sudah menerima kegawatan ekonomi dengan teruk tapi negara kita masih dalam keadaan stabil. Sepatutnya kita sudah melihat ‘kerosakan’ sana sini tapi kita tidak nampak kerosakan itu secara nyata. Harapan kerajaan dalam menyerap kerosakan akan datang kerana kegawatan itu sudah beransur di hujung jalan.

No comments:

Post a Comment