Sunday, May 31, 2009

sakit hati

Sakitnya hatiku.

Aku naik meluat kalau baca krisis di Terengganu. Aku memang tak faham, berebut nak duduk kerusi MB. Tidak ada akalkah Adun2 BN Terengganu itu. Tempat lain BN melawan pembangkang... ini berlawan sesama sendiri.

Kalau nak sangat si Derih tu jadi MB... mengadap sultan... senang cerita. Tak payah lontar batu sembunyi tangan. Kang nanti bila UMNO Terengganu dikatakan melawan sultan... biar rakyat jadi hakim. Kalau macam inilah otak mereka berpolitik.... hurmmm..... biar Terengganu jatuh pada pembangkang. Padan muka mereka.... inilah balasan orang bersikap lupa daratan.

Aku sakit hati bila.... kita menyokong tapi mereka buat perangai monyet plak. Apa salah Ahmad Said...? kalau salah tegur la... takpun report dengan MT. Bukan main politik cara kotor demi kepentingan politik. Adakah semuanya kerana Terengganu sudah dapat royalti minyak lalu semua Adun BN kelabu mata..???

Pada akulah.... pemimpin umno seperti inilah yang merosakkan umno di mata masyarakat. Sepatutnya sewaktu umno lemah mereka akan mengukuhkan parti... tapi mereka ini tak habis2 buat perangai. Kalau inilah yang kepimpinan ditonjolkan oleh mereka..... memang patut pun pilihanraya Kuala Terengganu jatuh pada pembangkang.

/me sakit hatiku bila rasa menyokong orang kemaruk kuasa.

No comments:

Post a Comment