Dari keputusan Penanti....... ia menunjukkan signal yang jelas..... BN dalam keadaan kritikal. Aku hanya mengambil rumusan dari besar dan tidak terperinci. Walau melayu ramai kembali menyokong umno... tapi itu tidak cukup untuk BN mendapat majoriti mudah pada PRU akan datang.
Sekarang Cina dan India tidak dibelakang BN.... ibaratnya 100:10. Banyak faktor yang menyumbang keadaan seperti itu. Selain dari faktor umno yang mendominasi pemerintahan BN, masalah parti kompenen juga banyak menyumbang kepada kemerosotan sokongan bukan melayu.
Lihat sahaja MIC tidak berubah, begitu juga PPP yang sekarang ini dengan kemelut 2 presiden. Gerakan yang semakin lemah dimana ahli2nya yang menjadi duri dalam daging perlahan2 keluar dari parti. MCA tidak sebulu dengan Timbalan Presiden..... arrgg.... boring aku..... mereka tidak pernah berubah tapi menuntut banyak perkara.
Orang melayu pembangkang kata umno racist... akhirnya demi kepentingan politik.... umno membuka 1Malaysia. Melayu pembangkang kata..... melayu lemah kerana DEB... akhirnya.... perlahan2 ia dibuka. Melayu pembangkang kata.... umno menindas bangsa lain..... akhirnya umno lepaskan bukan melayu.... melayu tetap berada didalam kamunting. Kerana apa..?? dah pembangkang perjuangan bukan melayu..... kasi lepas la orang bukan melayu. Siapa yg bodoh dan siapa yang terkena..?? bukan melayu gak ke..?
Aku rasa walau umno menghapuskan DEB, aku rasa sudah terlambat untuk bukan melayu menyokong BN. Segalanya akan menjadi sia2..... Kerana mereka tahu.... dalam pakatan pembangkang... mereka lagi selamat.... Mereka tahu.... orang umno lebih bijak jika dibandingkan dengan melayu pembangkang.
Lihat sahaja melayu pembangkang yang jadi pak turut. Lihat sahaja melayu pembangkang jadi kuda kepang. Mereka juga tahu..... pembangkang hanya pandai kata perjuangkan agama..... hakikatanya..... dimana perjuangan itu...? Pas lebih mudah menggadaikan agama dari umno. Sebab itu semakin lama kaum bukan melayu menyokong pakatan.
arghh..... biarlah.... dah kehendak ramai. Biarlah minoriti mengikut majoriti..... aku tak mahu... bilamana minoriti dikatakan lebih suara dari majoriti.
Aku nak tanya... SIAPA YANG RACIST...?? ada hindraf perjuangkan melayu ke..? ada DAP perjuangkan orang melayu ke..??
/me ikut nko la labu..... nko nak terjun ke... nak tenggelam ke..... ikut nko la..... tapi jangan harap la.... bila lemas nanti..... jangan harap la cina india akan tolong nko......
No comments:
Post a Comment