Thursday, June 4, 2009

Amalan Berkualiti

Dikala ini.... ribut takde angin tak bertiup.... banyak bangunan roboh.... hurmm.... apa nak jadi ni.... belanja ratus juta tapi roboh bak rumah nan usang.

Aku memang setuju kejadian ini disiasat.... tambahan pula bila pengarah JKR negeri hanya memberikan alasan..... JKR tidak mengeluarkan sijil pada bumbung. Apa ni...? macam tak logik je alasan yang dibagi. Bagunanan dah guna secara rasmi tapi takde sijil...... kalau inilah caranya... macamana tahun lepas JKR dapat markah 5 bintang..? Kalau 5 bintang tunggang langgang..... macamana jabatan kerajaan yang lain...?

Kerajaan tidak mengamalkan ISO ke..? ISO kerajaan buat tapi tak cuba untuk mengamalkan. Mungkin inilah budaya ketam..... mengajar anaknya berjalan dengan betul tapi sendiri tak betul.

Setahu aku sepatutnya setiap jabatan perlu mematuhi etika keselamatan dan kesihatan dimana panduan NOSH digunaka pakai. Nampak seperti kerajaan mengabaikan perkara ini. Kalau inilah gambaran yang diberikan..... Efisenkah pengurusan kerajaan..?

Bayangkan kalau terjadi semasa perasmian sukma. Berapa ramai yang terkorban..? kenapa kerajaan meminggirkan aspek keselematan ini..? alahai.... bosan aku dengar.....

Mungkin sebab ini..... banyak urusan kerajaan tidak berjalan dengan lancar. Ketirisan dalam melaksanakan projek selalu berlaku. Kerja tidak mematuhi spec. Etika kerja yang tidak berkualiti.... senang cerita.... bak kata Paneh Miang..... tidak ada intergriti.

Dalam hal ini... aku tidak menolak unsur amalan bawah meja. Wajib SPRM menyiasat perkara ini. Diharap ia memberikan laporan yang telus. Tidak ada kompromi.... walau jerung2 ramai yang terlibat. Pengarah JKR negeri sepatutnya memberikan laporan terperinci di atas insiden ini. Bukan sekadar memberikan JKR tidak memberikan sijil. huh....

Aku tak kisah pun... kalau ada ahli politik yang terlibat di bawa ke muka pengadilan. Untuk apa aku membela orang yang bersalah. Aku bukan penyokong tegar yang menerima segalanya. Biarkan ia jadi pengajaran kepada yang lain..... kalau dibiarkan... ia akan berlarutan dan akan menjadi barah yang merosakan negara.

Apapun... semua pihak harus bertanggungjawab termasuk kakitangan awam yang dipertanggungjawabkan memantau. Kalau cerita pembangkang.... mereka akan salahkan umno bulat2. Itu kerja pembangkang yang hanya berfikiran sempit..... walhal banyak pihak terlibat.

Adakah umno yang buat segalanya..? bukankah setiap projek itu di amanahkan kepada kerajaan iaitu seperti JKR atau KBS..? kenapa 100% umno yang dipersalahkan..? kalau orang kerajaan itu menyokong pembangkang camne..?? bukankah pembangkang kata..... ramai orang kerajaan menyokong pembangkang sekarang ni..?? so..... mereka ini terkecualikah....???

Kalau umno harus dipersalahkan 100%..... boleh.... tapi dengan syarat. Kakitangan awam wajib masuk umno. Barulah dikatakan kesalahan umno semata2. Yang aku berbulu....... kerja dengan kerajaan tapi ada elemen rasuah dalam berkerja... belakang cerita..... dia sokong pembangkang sebab benci rasuah... aduhai..... macam cilanat tol la.

/me aku memang kurang puashati kualiti kerja orang kerajaan. Gaji besar tapi tak melambangkan dengan kualiti kerja.

No comments:

Post a Comment