Bukan berminat tapi tertarik.... alamak.... camne nih... cakap cam hindu plak.... berbelit2. Tapi lebih kurang camtuh la maksud aku. Mungkin aku suka pada tajuk artikel dia kot...... Keberangkalian PRU 13. Itulah topik Mahaguru58.
Yea...... Sekarang Umno dalam keadaan paling lemah dalam sejarah penubuhanya. Lebih lemah dari dari 2 krisis besar yang pernah dihadapi. Kenapa..?
Kerana..... walau umno masih dalam krisis, parti komponen masih memainkan peranan dan masih boleh diharapkan. Seperti PRU 1999, walau umno banyak kehilangan kerusi tapi parti komponen masih mampu mengekalkan rentak kemenangan.
Tapi kali ini, umno menghadapai situasi yang amat getir...... ditekan kiri dan kanan, luar dan dalam dan akhirnya.... umno terpaksa tidak bertanding di Penanti.
Pru 2008 aku rasa BN mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah piliharaya. Bagi aku, sebenarnya kekalahan ini berpunca dari parti komponen yang tidak memberikan komitmen untuk memenangi pilihanraya. Bagi mereka, kalau mereka kalah sebenarnya mereka menang yang besar dimana bangsa mereka akan mendapat apa yang mereka tuntut.
Sinopsis cerita..... umno seperti ditikam dari belakang, umno bukan sahaja berlawan di gelanggang piliharaya, tapi terpaksa melawan musuh dalam selimut. Harapkan pagar.... tapi pagar makan padi.
Apapun.... sehingga malam ini, aku berkeyakinan umno akan tewas pada PRU akan datang. Umno sudah tidak ada jalan lain walau segala kepentingan melayu dibuka. Mungkin hanya satu umno boleh lakukan.... berikan jawatan TPM kepada bukan melayu. Itupun kalau umno sanggup buat..... kalau tak sanggup...... kompem umno akan tewas.
Sekarang Cina dan India raja kepada melayu. Mereka sekarang yang menentukan halatuju politik negara. Melayu hanya balaci kepada mereka.
Kenapa ia terjadi dan macam mana kuasa melayu ingin dikembalikan..? Melayu bersatu..? mungkinkah terjadi..? huh...~~!
Bagi aku pintu itu dibuka oleh Anwar..... dan seharusnya pintu itu ditutup sekarang. Tapi sehingga kini pintu itu masih terbuka luas untuk cina dan india mengasak. Fikirlah.... carilah jalan camne nak tutup pintu JANJI SAMARATA itu.
Arggg...... walhal aku hanya nak sembang tentang tulisan mahaguru itu. Kenapa aku berminat.? sebab inilah antara tulisan orang menggeramkan aku. Aku mengambil beberapa intipati yang tak sependapat dengan aku.
1Malaysia.
Yea betul aku rasa ia tak ubah ideologi Malaysia Malaysia. Tapi salahkah Najib membuat dasar tersebut..? Anda takut..? melayu takut ke ideologi itu..? Kata nak kan perubahan... kata rakyat nak kan kebebasan... kata rakyat dah celik.... kata rakyat sudah bencikan DEB.... so... kenapa harus dipertikaikan..? so kita ikutlah kemahuan rakyat... salahkah..??
Yang penting, siapa yang menyokong ideologi Lim Kit Siang itu..? Kenapa tak pertikaikan..?
" Kuasa ditangan selalunya membuatkan seseorang pejuang politik berubah prinsip dan laku! Ini terbukti didalam sejarah mana mana negeri ataupun negara."
Salahkah untuk mendapatkan survival politik..? Pihak pembangkang yang banyak gadaikan prinsip tak pernah pun nak cakap. Dulu perjuangkan Negara Islam.... kerana DAP, dah lain plak bunyinya..... Negara Kebajikan. Malu ke nak pakai ISLAM..? Kalau camtuh.... tanggal terus nama ISLAM dalam parti tuh....
Saya tak sokong DAP tapi saya sokong PAS.... Pas tak sokong DAP kah..? logik dek akal ke..? aku tak kata penulis itu..... tapi itulah jawapan budak2 yang dikatakan sudah celik....... sudah pandai.
Masalah Setempat.
hehhehehe..... YB aku samada DUN atau Parlimen dimenangi pembangkang. Apa yang aku tahu...... YB nak datang melawat kawasan pun susah. Mereka datang sekali je masa rumah orang kg terbakar.... YB cakap apa..?
"YB takde wang nak tolong la..... u mintak la sama kerajaan... " huh... inikah jawapan seorang YB. Ingat leh selesaikan masalah.... rupa2nya... lepas tangan je.... apa raa....
Memang betul mimbar masjid wadah untuk menyampaikan maklumat. Tapi kekadang.... ada yang tak tahu guna erti kebebasan plak.... dikhuatiri akan jadi medan politik plak.... tapi bila umno cakap salah.... tang dia semua betul.
Apapun.... bagi aku.... mimbar masjid hanya berbentuk teori. Praktikal ialah perlaksanaan. Adakah YB2 atau parti pembangkang membuat dari segi perlaksanaan..??
Tempat aku..... dari dulu sehingga dah menang piliharaya..... camtuh gak.... duduk kedai kopi bersembang kutuk2 kerajaan. Dia lupa.... kutuk2 kerajaan tak buat apa..... tapi kawasan yang mereka sembang itu kawasan mereka... camni ni...?
kenapa pembangkang boleh menerima camtuh je..? kenapa boleh menerima seadanya...? alahai... susahnya nak cakap...... rasa macam.... arrggg..... boring... cakap tak serupa bikin.
No comments:
Post a Comment